Tan Sri Hamidin Mohd Amin dilantik sebagai Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula hari ini.
Lantikan itu diumumkan selepas sidang badan itu pada Kongres Luar Biasa FAM Pertama tahun 2025 pada hari ini.
Baca Juga:
- Enggan Campuri Urusan FAM, Namun Hannah Yeoh Akui Kecewa Hamidin Tak Pertahan Jawatan
- Presiden FAM: Terima Kasih Tunku Mahkota Ismail, Ini Permulaan Positif Untuk Harimau Malaya
- Kerana Selalu Kritik FAM, Penyokong Ini Dakwa Dia Berdepan Saman RM5 Juta
FAM Jelaskan Lantikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin
“Pelantikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin sebagai Presiden Kehormat FAM adalah berdasarkan kredibiliti, pengalaman serta sumbangan besar beliau selama lebih 30 tahun.

“Penerima gelaran ini diberikan tanggungjawab dan peranan tertentu yang menyokong struktur tadbir urus FAM.
“Antara peranan dan tanggungjawab tersebut adalah seperti memberi nasihat kepada badan-badan utama FAM, menghadiri mesyuarat jawatankuasa eksekutif dan jawatankuasa tetap FAM.
“Selain itu, beliau boleh bertindak sebagai duta rasmi FAM dan melaksanakan peranan tambahan mengikut keperluan dan persetujuan jawatankuasa eksekutif FAM.