Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terpaksa akur dengan pengalaman luas serta kehebatan gandingan Zheng Siwei-Huang Ya Qiong untuk menamatkan kempen BWF World Tour Finals 2024 selaku naib juara.

Ia merupakan rentetan kekalahan kelima berturut-turut Tang Jie dan Ee Wei ke atas lawan yang merupakan juara Sukan Olimpik 2024 itu.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Berdepan lawan yang mendapat sorakan padu penyokong sendiri bagaimanapun tidak langsung dihiraukan pasangan ranking kelapan dunia itu untuk memberikan saingan hebat hingga ke akhir saingan.

Walaupun bermula agak goyang dengan ketinggalan 0-4, Tang Jie-Ee Wei kembali dengan aksi kemas untuk memberikan saingan sengit kepada Siwei dan Ya Qiong.

Namun, beberapa kesilapan pada lewat permainan membolehkan gandingan China itu memenangi set pertama dengan mata 21-18.

Set kedua menyaksikan anak buah Nova Widianto itu lebih mendominasi permainan untuk mendahului dengan jurang mata jauh 10-3.

Tetapi pengalaman luas dimiliki Siwei dan Ya Qiong memberikan ruang kepada mereka untuk meraih lima mata berturut-turut bagi merapatkan defisit mata.

Tidak mahu melihat lawan terus bangkit melawan, Tang Jie-Ee Wei meningkatkan intensiti permainan dengan mengutip mata demi mata bagi memenangi set kedua dengan 21-14.

Aksi di set ketiga juga tidak kurang menariknya dengan kedua-dua pasangan saling kejar-mengejar mata dalam memburu kejuaraan.

Tuah nyata menyebelahi pasangan tuan rumah itu apabila empat kesilapan berturut-turut dilakukan Tang Jie-Ee Wei memastikan kejayaan manis ini menjadi milik mereka dengan kemenangan 21-17.

Dengan kejayaan mengungguli BWF World Tour Finals 2024 itu Zheng Siwei-Huang Ya Qiong meraih hadiah wang tunai bernilai $210,000 (RM937,658.17) manakala Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pula membawa pulangĀ  $100,000 (RM446,489.73).