Apabila sudah dilamun cinta, sang jejaka sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi permintaan si buah hati. Kadang-kala teman wanita pula seperti melebih dalam membuat permintaan sekaligus menyusahkan pihak lelaki di kemudian hari.

Seorang lelaki dengan identiti dirahsiakan telah berkongsi kisah mengenai hidupnya yang dilanda krisis kewangan ekoran permintaan teman wanita yang melampau-lampau tanpa memikirkan tahap kewangan orang lain.

Difahamkan lelaki berusia 26 tahun ini baru sahaja bekerja dalam tempoh empat bulan dengan gaji pokok sekitar RM2,000 sahaja.

Teman wanitanya pula asyik menekan untuk membuat pembelian pelbagai barangan mewah tanpa memikirkan tahap kewangan lelaki terbabit.

Selain meminta cincin pertunangan, teman wanita turut memaksa membeli kereta Honda dan lebih mengejutkan mahu sebuah iPhone 15 Pro sebagai hadiah.

Tanpa berfikiran panjang, lelaki itu mendedahkan terpaksa buat pinjaman demi memenuhi permintaan teman wanita. Dia akui kini sedang runsing dengan perangai teman wanita yang suka meminta barangan mahal tanpa memikirkan keadaan ekonominya yang masih tidak stabil.

Dia berbuat sedemikian atas faktor wanita tersebut telah dikenali oleh keluarga.

Sumber Gambar: X

Perkongsian lelaki itu lantas menjadi perbualan di kalangan pengguna platform X yang mana rata-ratanya netizen meminta lelaki itu untuk meninggalkan wanita tersebut kerana akan menyusahkan diri di kemudian hari.

Sumber Gambar: X
Sumber Gambar: X

Malah, ramai menasihatkan lelaki terbabit untuk fokus mencapai matlamat hidup dan mengembirakan keluarga terlebih dahulu sebelum ambil kisah fasal percintaan.