Erik ten Hag meninggalkan Manchester United pada 28 Oktober 2024 selepas beliau dipecat pengurusan tertinggi kelab tersebut ekoran prestasi terumbang-ambing pada peringkat awal musim 2024/25 saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Daripada sembilan perlawanan awal yang dilalui dibawah kendalian ten Hag, United hanya mencatatkan tiga kemenangan, dua keputusan seri dan empat kekalahan
Baca Juga:
- RASMI: Manchester United Pecat Erik Ten Hag
- Manchester United Sukar Dikalahkan, Kata Ten Hag
- Ten Hag Salahkan Pengadil Punca Man United Gagal ‘Comeback’
Selain itu, United juga berada di kedudukan ke-21 daripada 36 pasukan dalam kempen Liga Europa, setelah seri dalam tiga perlawanan pembukaan mereka.
Keadaan itu menyebabkan beliau dipecat dan digantikan dengan Ruud Van Nistelrooy buat seketika dan kemudiannya Ruben Amorin.

Apa yang Erik ten Hag rindukan?
Kini, hampir empat bulan meninggalkan The Red Devils yang dibimbing selama dua tahun, ten Hag mengakui terlalu merindukan stadium keramat kelab tersebut, Old Trafford.
“Jika ada satu perkara yang saya rindukan, ia adalah Old Trafford,” ujar beliau menurut sumber laporan Goal.
“Anda sentiasa berusaha ke arah satu titik di kaki langit (harapan dan impian bersama Manchester United), tetapi anda tidak pernah sampai ke kaki langit itu.”
“Kami telah melalui banyak detik kemuncak, tetapi masih ada ruang untuk penambahbaikan dan yang baik itu tidak cukup. Anda boleh lakukan lebih baik.”

Dalam perkembangan lain, pengendali kelahiran Belanda itu turut mendedahkan mengenai masa depannya.
“Saya sudah pun membuat keputusan untuk diri saya, ‘Okey, saya tak akan buat apa-apa sehingga 1 Julai (2025)’.
Ketika membimbing Manchester United, Erik ten Hag berjaya menghadiahkan kejuaraan Piala FA dan Piala Carabao buat pasukan tersebut.
Beliau pada ketika ini masih ‘bercuti’ sambil menikmati pampasan lumayan bernilai jutaan dollar yang diterimanya sebaik sahaja meninggal Theatre of Dreams itu.