Perseorangan utama negara, Lee Zii Jia meneruskan rentak cemerlang apabila melangkah ke pentas final Kejohanan Badminton Terbuka Australia 2024 yang berlangsung di Quaycentre, Sydney.

Berdepan Lee Chia Hao dari Chinese Taipei yang berada di ranking ke-37 dunia, Zii Jia tidak diberikan laluan mudah terutamanya pada set pertama apabila beliau tunduk 10-21.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Tersentak dengan kekalahan mudah itu, Zii Jia tampil dengan lebih baik pada set kedua untuk mencatatkan kemenangan 21-15 bagi mengheret aksi ke set penentuan.

Beliau nyata sukar digugat pada set ketiga untuk mengesahkan kemenangan 21-10  sekali gus bakal menanti pemenang antara Kodai Naraoka yang berhadapan Lin Chun-yi dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Ia merupakan kemenangan ketiga dilakarkan Zii Jia terhadap lawan tersebut dalam enam pertemuan sepanjang karier mereka sejak remaja.

Sementara itu, dua lagi wakil negara gagal untuk meneruskan kemaraan ke final selepas Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tewas kepada pilihan pertama kejohanan, Jian Zhen Bang-Wei Ya Xin 11-21, 11-21 manakala Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri tunduk di tangan He Ji Ting-Ren Xiang Yu 18-21, 9-21.

Wakil beregu wanita, Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien pula sedang beraksi pasangan Hong Kong, Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam.

Terbuka Australia 2024 merupakan kejohanan berstatus Super 500 dalam kalendar Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).