Empat wakil Malaysia yang diketuai Lee Zii Jia berjaya melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Australia 2024 yang berlangsung di Quaycentre, Sydney.

Pemain perseorangan utama negara itu mempamerkan aksi hebat dengan menewaskan pemain dari Jepun, Kenta Nishimoto.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Meskipun tewas pada set pertama 16-21, Zii Jia bangkit dengan kemenangan 21-12, 21-12 dalam dua set berikutnya untuk menempah pertemuan menentang Lee Chia Hao dari Chinese Taipei, esok.

Sebelum itu, pasangan beregu campuran, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing berjaya menewaskan rakan senegara, Choong Hon Jian dan Go Pei Kee dengan kemenangan ‘straight set’ 21-15, 23-21.

Mereka akan menanti cabaran juara Terbuka Indonesia minggu lalu dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.

Bagi kategori beregu lelaki, Choong Hon Jian yang berganding bahu dengan Haikal Nazri menundukkan pasangan Australia, Rizky Hidayat-Frengky Putra.

Meskipun mengalami sedikit kesukaran, mereka akhirnya berjaya meraih kemenangan dengan keputusan 21-16, 18-21, 21-12.

Menanti mereka di separuh akhir ialah gandingan yang merupakan pilihan pertama kejohanan, He Ji Ting-Ren Xiang Yu dari China.

Wakil terakhir negara yang mengesahkan kemaraan ialah Lim Chiew Sien dan Lai Pei Jing selepas mereka menundukkan pasangan dari Ukraine, Polina Buhrova dan Yevheniia Kantemyr 21-17, 21-19.

Yeung Nga Ting-Yeung Lam Pui dari Hong Kong bakal menjadi lawan buat pasangan yang baharu sahaja digandingkan itu.

Sementara itu, gandingan Arif Junaidi-Yap Roy King dan Khang Khai Xing-Aaron Tai tewas kepada lawan masing-masing.

Terbuka Australia 2024 merupakan kejohanan berstatus Super 500 dalam kalendar Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).