Pasangan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi meneruskan rentak cemerlang apabila mara ke separuh akhir kejohanan Terbuka India 2024 yang berlangsung di K. D. Jadhav Indoor Stadium, New Delhi.

Aaron dan Wooi Yik tampil bertenaga untuk menewaskan gandingan dari China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi menerusi kemenangan ‘rubber set’.

Baca Juga:

Ia merupakan kemenangan ketiga dilakarkan oleh pasangan negara itu dalam tujuh pertemuan mereka sepanjang karier.

Berdepan pasangan yang berada di ranking kelapan dunia, Aaron-Wooi Yik menyerap tekanan hebat dijelmakan lawan tersebut untuk menang set pertama dengan jurang 21-19.

Situasi yang hampir serupa dapat disaksikan pada set seterusnya dimana aksi saling kejar-mengejar mata ditampilkan kedua-dua pasangan tersebut hingga ke mata-mata genting.

Debaran yang kian memuncak itu akhirnya menjadi milik juara dunia 2022 untuk mengesahkan kemaraan dengan kemenangan 21-19.

Kemenangan penting yang diraih itu juga memperlihatkan peningkatan buat pasangan tersebut kerana mereka sebelum ini hanya mampu melangkah ke suku akhir Terbuka Malaysia 2024, minggu lalu.

Menanti Aaron Chia-Soh Wooi Yik di separuh akhir petang esok ialah pemenang pertemuan satu lagi suku akhir yang menemukan bintang tuan rumah, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmar.

Seperti dilaporkan sebelum ini, dua lagi wakil negara iaitu Lee Zii Jia dan pasangan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tewas kepada lawan masing-masing.