Kem negara terus cemerlang di Axiata Arena, Bukit Jalil selepas pasangan Man Wei Chong-Tee Kai Wun menjadi wakil ketiga mara ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2025.
Pasangan beregu lelaki ketiga negara itu tidak terlalu berdepan masalah untuk menundukkan gandingan dari Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov.
Baca Juga:
- Terbuka Malaysia 2025: Chen Tang Jie-Toh Ee Wei Turut Cemerlang Ke Separuh Akhir
- Terbuka Malaysia 2025: Goh Soon Huat-Shevon Lai Ke Separuh Akhir
- Jadual Aksi Pemain Negara Dalam Suku Akhir Terbuka Malaysia 2025
Berdepan lawan yang berada di ranking 29 dunia, Wei Chong-Kai Wun mengatur langkah dengan tersusun untuk memerangkap pasangan adik beradik tersebut.
Ia dibuktikan dengan aksi kemas dipamerkan bagi membolehkan mereka memenangi set pertama dengan jurang mata 21-15.
Kecemerlangan itu diteruskan Man Wei Chong-Tee Kai Wun pada set kedua untuk memastikan slot separuh akhir menjadi milik mereka dengan kemenangan 21- .
Menanti mereka pada perlawanan yang dijangka berlangsung malam esok ialah Chen Bo Yang-Liu Yi selepas pasangan China itu menundukkan wakil England, Ben Lane-Sean Vendy.
Kali terakhir Malaysia mempunyai wakil ke separuh akhir dalam acara beregu lelaki ialah pada 2023 menerusi Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani. Kedua-dua pasangan utama negara itu bagaimana disekat lawan masing-masing.
Tumpuan peminat badminton negara selepas ini tertumpu kepada wakil terakhir yang juga beraksi dalam acara beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.
Gandingan ranking ke-24 dunia itu akan beraksi menentang pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty yang merupakan finalis edisi lalu.