Aaron Chia-Soh Wooi Yik mempamerkan aksi cemerlang untuk memastikan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2025 menjadi milik mereka pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Nimibutr Stadium, Bangkok sebentar tadi.
Juara Asia itu menyerap tekanan dengan baik untuk menewaskan wakil tuan rumah, Kedren Kittinupong-Dechapol Puavaranukroh dengan kemenangan ‘straight set’.
Baca Juga:
- Tampil Cemerlang, Aaron Chia-Soh Wooi Yik Juarai Kejohanan Badminton Asia 2025
- Herry Iman Jadi Buah Mulut Peminat Indonesia Selepas Aaron-Wooi Yik Muncul Juara BAC 2025
- Lee Chong Wei Nasihati Aaron-Wooi Yik: ‘Jangan Jadi Macam Saya Dapat Tiga Pingat Sama Warna’
Ia turut mengekalkan rekod bersih buat Aaron dan Wooi Yil dimana mereka sebelum ini dua kali pernah menundukkan pasangan ranking ke-16 dunia tersebut.
Ketinggalan 7-10 pada satu ketika, pasangan negara bangkit mempamerkan aksi lebih garang untuk memenangi set pertama dengan keputusan 21-17.
Momentum positif itu diteruskan terutamanya selepas rehat ‘interval’ apabila Aaron-Wooi Yik hanya membenarkan Kedren dan Dechapol mencuri dua mata untuk mengesahkan kemaraan dengan kemenangan 21-13.
Ia merupakan kejayaan ke pentas final buat kali kedua dilakarkan oleh Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada tahun 2025.
Menanti gandingan ranking kelima dunia itu ialah pemenang antara pilihan pertama kejohanan, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dan William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer yang akan beraksi sebentar lagi.
Satu Lagi Wakil Negara Di Terbuka Thailand 2025
Kira-kira jam 3.30 petang nanti, gandingan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah pula akan turun beraksi menentang wakil Jepun, Rui Hirokami-Sayaka Hobara.

Terbuka Thailand 2025 merupakan kejohanan dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang berstatus Super 500.