Chelsea dilaporkan semakin hampir mendapatkan Jadon Sancho. Kelab London itu mahu meminjam Jadon Sancho dari Manchester United.

Pemain itu sebelum ini dikembalikan semula ke pangkuan pasukan setelah kedua dua mereka, Ten Hag dan Sancho sendiri berdamai.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Namun ia masih tak menjamin kedudukan pemain itu dalam pasukan utama.

Man United terbuka mendengar tawaran untuk Jadon Sancho. Chelsea juga sebelum ini mencadangkan agar Sancho ditukar dengan Raheem Sterling.

Namun United dikatakan tidak berminat dengan pemain itu. Dan Chelsea kemudian menghantar bidaan rasmi untuk mendapatkan Sancho secara pinjaman.

Pakej yang ditawarkan dilaporkan sama dengan yang ditawarkan Juventus, namun pakej keseluruhannya lebih besar.

Jadon Sancho sudah memberitahu Man United bahawa dia berminat untuk menyertai Chelsea. Kini menyerahkan kepada Man United untuk menerima tawaran tersebut.

Koresponden Sky Sports pula melaporkan Chelsea semakin hampir mendapatkan Jadon Sancho dari Chelsea.

Sancho musim lalu dipinjamkan ke Borussia Dortmund selepas tidak sehaluan dengan Erik Ten Hag. Tetapi kelab Jerman itu tidak membeli pemain itu secara tetap kerana Man United berkeras meminta yuran sekitar £45 juta untuk Sancnho.

Separuh daripada nilai yang United bayar kepada Dortmund beberapa tahun lalu untuk membeli Jadon Sancho.

Chelsea ketika ini memiliki skuad yang sangat besar. Namun Enzo Maresca menyatakan bahawa keadaan benar benar terkawal kerana pemain sudah dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Maresca juga berharap agar pemain seperti Sterling dan Ben Chilwell dapat kelab baru mereka pada hari penutup jendela perpindahan.