Permohonan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj kini telah mendapat perkenan baginda.

Perkembangan ini dimaklumkan oleh Hamidin selepas mendapat panggilan telefon daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani pada petang semalam.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya telah mendapat panggilan telefon daripada Datuk Munir kira-kira jam 2.30 petang Jumaat, iaitu sehari selepas saya menghantar warkah memohon perkenan mengadap Tuanku Sultan Selangor.

“Tuanku Sultan Selangor telah menitahkan beliau (Datuk Munir) untuk menerima permohonan menghadap menerusi warkah yang saya utuskan ke Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada tengah hari Khamis lalu,” kata Hamidin dipetik dalam flash sukan.

Hamidin
FOTO: Majlis Olimpik Malaysia

Hamidin berkata, beliau dijangka akan menghadap Sultan Selangor selepas 7 Julai 2024 selepas baginda kembali dari Sarawak dan selesai urusan rasmi yang lain.

Sebelum ini, Sultan Selangor menzahirkan rasa kecewa dan murka selepas MFL membuat keputusan untuk menjatuhkan hukuman denda RM100,000, dipotong 3 mata serta diperintah bermain di stadium kosong ketika menentang JDT.

Sultan Selangor dalam satu kenyataan, menyatakan terkejut dan kecewa dengan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang disifatkan tidak serius bersuara, sedangkan beliau sebelum ini merupakan bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dari tahun 1995 hingga 2013 dan berpengalaman dalam arena bola sepak Selangor.

Baginda turut menyifatkan hukuman yang diumumkan oleh MFL adalah tidak masuk akal dan sangat berlebihan.

“Beta berpandangan bahawa hukuman yang dijatuhkan iaitu denda sebanyak RM100,000, bayaran pampasan kerugian ditanggung tuan rumah dan MFL, pemotongan tiga mata serta hukuman menjalankan perlawanan (LS14) tanpa penonton adalah tidak masuk akal dan amat berlebihan memandangkan kemenangan telah pun diberikan kepada pasukan lawan,” kata baginda.