Susulan kontroversi yang melibatkan pelakon Ruhainies bersama Aliff Aziz, jenama terkemuka KITSUI bertindak kaburkan wajah Ruhainies dalam iklan mereka.

Dalam satu kenyataan, KITSUI Malaysia memaklumkan bahawa sesi penggambaran iklan tersebut dilaksanakan sebelum tercetusnya kontroversi terbabit dimana menggabungkan tiga artis terkenal tanah air iaitu Wany Hasrita, Hisyam Hamid dan Ruhainies.

Baca Juga:

@kitsuimalaysia

KENYATAAN RASMI Sempena bulan ramadhan al mubarak ini, KITSUI dengan rendah diri 🙏🏻🙏🏻 ingin memohon ampun dan maaf diatas segala kesulitan dan kekeliruan yang berlaku terutama posting kami yang melibatkan seorang artis terkenal tanah air. Penggambaran iklan produk KITSUI ini menggabungkan tiga artis terkenal tanah air iaitu Wany Hasrita, Hisyam Hamid dan Ruhainies. Pemilihan mereka bertiga untuk menjayakan rakaman Kitsui Ramadan Greetings dan Kitsui Raya itu dibuat setelah penelitian rapi dilakukan pada october 2023 Berhubung dakwaan ditangkap khalwat yang dihadapi oleh salah seorang pelakonnya, KITSUI berharap ia tidak memberi kesan kepada tayangan iklan itu kerana rakaman tersebut sudah siap dirakamkan pada Disember 2023 dan seramai 100 krew produksi yang terlibat dalam menjayakan iklan ini. ⛔️⛔️ KITSUI TIDAK MENYOKONG MANA-MANA PIHAK, KELAKUAN BURUK ATAU KONTROVERSI ⛔️⛔️ Di kesempatan ini bersempena bulan mulia, pihak kitsui berbesar hati ingin menginfaqkan sebahagian keuntungan kami kepada pihak² yang memerlukan terutama rumah anak² yatim. Semoga dengan setiap ringgit pembelian mendapat rahmat dan berkat dariNya. Terima kasih atas segala sokongan dan keprihatinan anda terhadap Kitsui. KITSUI mengucapkan selamat menjalani ibadah Ramadan kepada semua umat Islam. #kitsuiprotectwoman#womanprotectwoman#kitsui @Wany Hasrita

♬ original sound – Kitsui Malaysia – Kitsui Malaysia

Difahamkan, pemilihan mereka bertiga untuk menjayakan rakaman Kitsui Ramadan Greetings dan Kitsui Raya itu dibuat setelah penelitian rapi dilakukan pada october 2023 dan pihak KITSUI meminta maaf atas segala kesulitan serta kekeliruan yang berlaku.

Malah, pihak KITSUI berharap lantaran kontroversi yang berlaku itu tidak memberi kesan kepada tayangan iklan itu kerana rakaman tersebut sudah siap dirakamkan pada Disember 2023 dan seramai 100 krew produksi terlibat dalam menjayakan iklan ini.

Bukan itu sahaja, pihak KITSUI jika tidak menyokong mana-mana pihak yang terlibat dengan sebarang kelakuan buruk atau kontroversi.