Sangat mengejutkan namun itulah yang berlaku apabila Tesco Malaysia baru-baru ini didakwa mengamalkan perhambaan moden atau modern slavery terhadap pekerja asing yang bekerja dengan syarikat mereka di negara ini.

Dakwaan mengenai perhambaan moden itu dilaporkan sendiri oleh syarikat yang berpengkalan di United Kingdom itu melalui laporan tahunan perhambaan moden syarikat mereka menurut Free Malaysia Today.

Antara amalan perhambaan moden yang didakwa dilakukan Tesco Malaysia adalah termasuk pengurangan gaji tanpa penjelasan, hutang yang tinggi terhadap broker pekerja asing di negara asal, dan kerja lebih masa yang keterlaluan.

Selain itu, laporan tersebut turut menyebut ratusan pasport pekerja turut ditahan atau dipegang majikan dan hanya dikembalikan sekiranya ia diperlukan untuk tujuan rasmi seperti pembaharuan permit pekerjaan.

Amalan-amalan perhambaan moden itu dilaporkan selepas proses temu bual dilakukan ke atas 168 pekerja asing yang berkhidmat dengan syarikat itu di negara ini.

FMT dalam laporan mereka juga menjelaskan masih belum mendapat respon daripada Tesco Malaysia mengenai laporan itu, namun pihak Tesco (ibu pejabat) yang mengeluarkan laporan tersebut bagaimanapun berjanji untuk melakukan penyiasatan lanjut terhadap setiap dakwaan yang timbul daripada laporan tersebut. 

PIhak mereka juga katanya akan menyediakan perkhidmatan sokongan kepada pekerja terjejas dalam bahasa mereka di samping menyediakan garis panduan yang akan membolehkan pekerja mendapatkan pasport bila diperlukan.

Bagi menjaga kebajikan pekerja mereka juga, pihak Tesco dilaporkan akan turut menyemak kembali kemudahan dan kebajikan pekerja yang bekerja dengan mereka serta beralih kepada pengambilan pekerja secara terus selepas ini.

Tesco Malaysia beberapa tahun sebelum ini pernah mengejutkan ramai apabila menawarkan pekerjaan kepada seorang lelaki yang ditangkap mencuri di pasar raya mereka. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Tesco Menawarkan Pekerjaan Kepada Lelaki ‘Curi’ Barang

Mahu Tumpu Pasaran UK, Tesco Rancang Tutup Operasi Di Malaysia?