Manchester United muncul sebagai juara Piala FA 2023/24 selepas menewaskan Manchester City 2-1 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Wembley.
Kemenangan ini bermakna mereka telah menamatkan penantian selama 8 tahun untuk menjulang Piala FA sejak 2016 dan turut menafikan hasrat City untuk merangkul gelaran berganda.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
Gol pertama United tiba pada minit ke 30 apabila Aljandro Garnacho memanfaatkan kesilapan pemain pertahanan City, Joško Gvardiol yang tertanduk ke gawang sendiri dalam kawasan kotak penalti.
GARNACHOOO 🫨
The @ManUtd man capitalises on a mistake to strike first at Wembley! 🔴#EmiratesFACup pic.twitter.com/olfFq43HG8
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) May 25, 2024
City yang berusaha untuk menjadi kelab pertama memenangi kejuaraan berganda dalam satu musim berturut-turut, berada jauh di bawah prestasi terbaik mereka pada separuh masa pertama.
Pada minit ke 39, pemain remaja United, Kobbie Mainoo mencetak nama sebagai penjaring apabila meledakkan gol kedua dengan tenang hasil percaturan pasukan yang hebat.
YOU COULDN'T WRITE IT 🤯
Academy graduate, Kobbie Mainoo scores in the #EmiratesFACup Final for @ManUtd 😱 pic.twitter.com/d68cAKvaE8
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) May 25, 2024
Tersentak dengan itu City bangkit pada separuh masa kedua menerusi percubaan Erling Haaland namun terkena palang.
Mereka terpaksa menunggu sehingga minit ke-87 untuk pemain gantian Jeremy Doku menjaringkan gol dan mencipta persaingan yang tegang menuju minit terakhir perlawanan.
They won't go down without a fight 💪
Jérémy Doku squeezes in for @ManCity!#EmiratesFACup pic.twitter.com/tonoW2g3A7
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) May 25, 2024
Kemenangan ke atas juara Liga Perdana Inggeris itu membolehkan Red Devils turut menempah tiket ke Liga Europa musim depan selepas sekadar menamatkan kempen liga di tangga kelapan – kedudukan terburuk sejak 1990.
Ini juga adalah trofi yang ke-13 United dalam sejarah saingan Piala FA.