Ketua jurulatih skuad futsal Thailand, Miguel Rodrigo sudah mengumumkan 20 pemain sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2024 yang dijadualkan bermula 2 November nanti.
Turun selaku tuan rumah dimana aksi akan dilangsungkan di Terminal 21 Nakhon Ratchasima, Miguel dilihat meletakkan harapan kepada skuad lebih muda.

Baca Juga:
- 4 Pemain Ini Mampu Untuk Beraksi Di Liga Futsal Thailand
- Kenali Adisak Benjasiriwan, ‘Bapa Kemajuan Futsal Thailand’
- Ini Kontroversi Dilakukan Pemain Perancis, Iran Yang Undang Kemarahan Peminat Futsal
Lebih tepat lagi 12 orang pemain yang disenaraikan pada edisi kali ke-18 ini berusia dibawah umur 25 tahun.
Malah, pemain tonggak berpengalaman seperti Muhammad Osamanmusa, Apiwat Chaemcharoen, Jirawat Sornwichian, Suphawut Thueanklang, Arut Senbat dan Katawut Hankampa tiada dalam senarai kali ini.
Ia memperlihatkan Miguel mahu memberikan peluang kepada muka-muka baharu untuk membuktikan kemampuan mereka di peringkat lebih tinggi.
Lebih menarik, Chat Chotchuang yang terpilih merupakan pemain yang mempunyai masalah pendengaran dan pernah beraksi bersama Skuad Futsal Orang Pekak Thailand.
Daripada 20 senarai pemain yang dikeluarkan, tujuh pemain adalah kali pertama dipanggil untuk menyertai sesi latihan pusat skuad kebangsaan Thailand.
Malah, hanya dua pemain yang beraksi di Piala Dunia Futsal 2024 tempoh hari iaitu Narongsak Wingwon (26 tahun) dan Krit Aransanyalak (23 tahun) dibawa oleh Miguel Rodrigo.
Walaupun dengan barisan kedua ini Thailand masih dianggap sebagai pilihan juara, Malaysia seharusnya mengambil kesempatan untuk memberikan saingan hebat kepada tuan rumah ekoran ketiadaan sebahagian besar tonggak utama pasukan.
Kedua-dua pasukan telah diundi satu kumpulan bersama-sama Vietnam, Timor-Leste dan Brunei.
Berikut merupakan senarai penuh pemain yang akan membawa cabaran Thailand di Kejuaraan Futsal AFF 2024 nanti:
Penjaga gol (Goleiro)
Jaroenpong Prasansat (Hongyen Thakam)
Natthaphong Yeemaherb (Port ASM)
Thirat Orathai (Bluewave Chonburi)
Pertahanan (Fixo)
Narongsak Wingwon (Hongyen Thakam)
Thanachot Saosaeng (Bangkok BTS)
Natthasak Phothi (Thammasat Stallion)
Natchanon Saengthong (Bluewave Chonburi)
Sayap (Ala)
Therdsak Charoenpong (Hongyen Thakam)
Athippong Munplai (Hongyen Thakam)
Amarin Ekaphan (Hongyen Thakam)
Chutinan Raksap (Black Pearl United)
Pitchayut Kittiphanuwong (Black Pearl United)
Therddanai Yakhiew (Bangkok BTS)
Chaowala Sri-awut (Bangkok BTS)
Teerapat Muensri (Thammasat Stallions)
Krit Aransanyalak (Bluewave Chonburi)
Serangan (Pivot)
Peerapat Kaewwilai (Bluewave Chonburi)
Thanawat Kerdbangrachan (Black Pearl United)
Piyawat Petchnoi (Futsal Thai Army)
Chat Chotichuang (Port ASM)