Legenda Perancis, Thierry Henry dan jurulatih FC Barcelona, lantang mengkritik keputusan pengadil dalam aksi suku akhir pertama UEFA Champions League antara Barcelona dan Atlético Madrid.
Menurut Henry, keputusan pengadil dalam beberapa insiden telah membantu Atletico menang dalam perlawanan ini.
Henry menegaskan bahawa Barcelona sepatutnya diberikan sepakan penalti dalam satu insiden yang menurutnya jelas berlaku selepas permainan dimulakan secara sah.
Aquí no hay lugar a polémica.
Era PENAL pic.twitter.com/0XJLDZPCI9
— LUIS FCO. (@lximenez) April 8, 2026
“Jika bola sudah diletakkan dan pengadil meniup wisel menandakan permainan bermula, maka itu adalah penalti. Pengadil meniup wisel, penjaga gol membuat hantaran selepas itu, dan kemudian pemain pertahanan menyentuh bola dengan tangan — itu penalti. Jika wisel tidak ditiup, barulah tiada isu,” jelasnya.
Hansi Flick turut mempersoalkan tindakan pengadil dan VAR. Flick berkata: “Penjaga gol Atlético membuat hantaran kepada pertahanan, dan pemain tengah itu menyentuh bola dengan tangan tanpa melihat pun! Jadi, apa gunanya VAR?” tegasnya.
🚨🗣️ Hansi Flick: "Atletico's goalkeeper passed the ball to his defender, and the centre-back touched it with his hand without even looking!"
"So, what's the point of VAR?" pic.twitter.com/TRVQTdAsuh
— The Touchline | 𝐓 (@TouchlineX) April 8, 2026
Dalam masa sama, beliau turut mempertikaikan kad merah yang dilayangkan kepada pertahanan muda Barcelona, Pau Cubarsi.
Di mana menurut Henry, pengadil harus menggunakan kebijaksanaannya dalam budi bicara.
Henry dalam analisisnya berkata: “Tidak, tidak… bagi saya itu bukan kad merah. Saya faham peraturan ‘last man’ dan menghalang peluang jaringan, tetapi kita kena lihat situasi sebenar.
“Bola belum sepenuhnya dalam kawalan, sudut tidak sempurna, dan masih ada jarak ke gol. Adakah kita pasti dia akan menjaringkan gol? Saya tidak yakin,” katanya.
Kad merah itu membuatkan Barcelona bermain 10 pemain dan kalah 0-2 di tangan musuh senegara mereka.