Nama sering terpalit dengan kontroversi, Nabila Razali memaklumkan tidak akan menyembunyikan kepada umum sekiranya dia mempunyai hubungan percintaan bersama seseorang yang istimewa.

Menurut sumber, penyanyi berusia 30 tahun itu akan berkongsikan mengenai perkara tersebut kepada orang ramai terutamanya buat peminatnya yang selalu beri sokongan.

Baca Juga:

https://www.instagram.com/p/Cl3QyxKpt0j/?igshid=NTdlMDg3MTY=

Bukan itu sahaja, Nabila mahu orang terdekatnya seperti keluarga, rakan-rakan dan peminat mendoakan yang baik-baik buatnya untuk bertemu dengan cinta hati suatu hari kelak.

Bahkan, pelantun lagu Aku Terluka itu mengakui tiada jejaka yang mendekatinya sejak putus cinta enam tahun yang lalu bersama bekas kekasih.

Sementara itu, dia turut mengatakan dia terbuka berkawan dengan sesiapa sahaja namun tidak ada lelaki istimewa dalam hidupnya buat masa sekarang.

Tambahnya, kemungkinan cintanya lebih kepada pekerjaan jadi dia akan mengejar impiannya dulu sebelum memikirkan soal rumah tangga.

Dalam pada itu, dia berkata, jika jodohnya datang dia akan menerima dengan hati terbuka dan tetap mengejar impian yang masih belum tercapai.

Bagaimanapun, Nabila memaklumkan pernah rasa sunyi apabila melihat rakan artis yang sudah mendirikan rumah tangga seperti Wany Hasrita serta mempunyai cahaya mata seperti Ernie Zakri.

Sebelum ini, Nabila Razali pernah digosipkan bercinta dengan penyanyi, Khai Bahar namun perkara itu dinafikan oleh kedua-dua pihak.