Peminat bola sepak tempatan tidak lagi akan menyaksikan kelibat ‘capo’ Lekir dalam ‘curva’ Ultras Malaya setiap kali berlangsung perlawanan melibatkan skuad Harimau Malaya selepas ini.
Hal ini kerana Lekir atau nama sebenarnya Mohd Ridzuan Ahmad mengumumkan pengundurannya selepas memimpin Ultras Malaya sejak penubuhannya pada tahun 2007.
Baca Juga:
- Tanpa Ultras Malaya, SNBJ Ibarat ‘Sepi Kayak Kuburan’
- Datuk Hamidin Beri Sebab Mengapa ‘Capo’ Ultras Malaya Turun Naik Pejabat FAM
- Ultras Malaya Nafi Ambil ‘Pakej Subsidi’ Ke Qatar
“Sampai sudah masa untuk saya memulangkan semula nama Ultras Malaya (UM), sebuah Gerakan Anak Bangsa yang saya tumpahkan seluruh jiwa raga selama ini hingga menjadi sinonim dengan diri.
“Menoktahkan langkah semasa komplot UM Jun lalu, meleraikan segala yang berkaitan dengan Gerakan ini. Dengan 11 sub bersuara secara kolektif di kedepan ini, UM terus menjadi paksi ke12 Harimau Malaya.
“Kini masa untuk UM tanpa saya, saya tanpa UM. Apa saja yang berlaku sepanjang dari titik awal transformasi HarimauMalayadotCom (HMC) ke gerakan secara fizikal Ultras Malaya (UM), saya mohon ampun dan maaf andai ada tersalah kata tersilap bicara tercanggung urus terjelek perbuatan.
“Segala pahit manis yang berlaku adalah asam garam naik turun sebuah Gerakan,” tulisnya menerusi laman instagram.
Pengumuman tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dan mereka turut mengucapkan terima kasih diatas segala pengorbanannya ketika menyokong pasukan bola sepak kebangsaan.
“Selamat berehat brader.. terima kasih atas suka duka kenangan bersama.. semoga sukses sampai syurga,”
“Terima kasih Capo.. jasamu dikenang.. respect cara kau lenturkan ketengangan Malaysia-Indonesia.. lebih matang.. terima kasih,” kata seorang peminat di ruang komen.
Terima kasih Lekir atas passion & energy bersama Komrad yg menjadikan atmosphere perlawanan Harimau Malaya di SNBJ salah 1 atmosphere bola sepak terbaik di dunia. Sikit atau banyak membantu naikkan prestasi Harimau Malaya di atas padang.#SelamanyaHarimauMalaya 🖤💛 pic.twitter.com/itFKvGhQ4q
— Piang Shankly (@PiangShankly) October 13, 2024
Ultras Malaya dijangka kembali beraksi ketika saingan Piala AFF Mitsubishi Electric pada hujung tahun ini dibawah pimpinan ‘capo’ baharu.