Ketiadaan Ultras Malaya yang mengambil tindakan untuk memboikot jelas memberi kesan kepada suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika aksi Pestabola Merdeka 2024 antara Malaysia menentang Filipina semalam.

Kira-kira 3,000 penyokong hadir menyaksikan perlawanan tersebut namun tempat duduk di belakang pintu gol yang sentiasa menjadi lokasi Ultras Malaya didapati kosong dan suram.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Baca Juga:

Ianya sekaligus membuatkan para penyokong yang hadir merindukan sorakan daripada Ultras Malaya dan malah ada yang mengakui suasana cukup hambar tanpa mereka.

“Kurang semangatlah, macam pergi tengok kenduri tahlil kesyukuran,” kata salah seorang penyokong dalam tiktok Harimau Malaya.

@harimaumalaya_hm

“Hambar gila bila tak ada Ultras Malaya! Macam pergi kenduri tahlil!” harimaumalaya demimalaysia #pestabolamerdeka2024

♬ original sound – Harimau Malaya – Harimau Malaya

Meskipun ketiadaan Ultras Malaya, ia tidak menjejaskan semangat pemain yang berjaya menewaskan Filipina 2-1 untuk mara ke final Pestabola Merdeka.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin tetap menaruh harapan tinggi agar Harimau Malaya tidak ‘bersendirian’ berdepan Lubnan pada aksi final Pestabola Merdeka 2024 ahad ini.

Kehadiran Ultras Malaya atau mereka yang bergelar penyokong, amat diperlukan bagi menyemarakkan semangat Harimau Malaya.

“Inilah masanya untuk kita menunjukkan sokongan sejati kepada pasukan atas nama Malaysia, tidak kiralah sama ada Ultras Malaya atau penyokong-penyokong lain,” kata Hamidin kepada BuletinTV3.