Ultras Malaya mengeluarkan kenyataan menuntut penjelasan daripada FAM berkenaan dengan isu terbaru yang membelenggu bola sepak negara.
Di mana FIFA baru baru ini mengenakan hukuman ke atas FAM dan 7 pemain warisan yang didakwa menggunakan dokumen palsu.
Dalam kenyataannya, Ultras Malaya atau UM07 berkata: “Sudah 4 hari maruah negara & Harimau Malaya dipijak2 & dimalukan dipentas antarabangsa, kami menuntut pihak yang bertanggungjawab memberi penerangan dengan jujur apa sebenarnya yang berlaku?
“Pertamanya, kami menuntut agar pihak KDN & JPN memberi penerangan adakah permohonan & proses kewarganegaraan 7 pemain yang terlibat diurus dengan baik & teliti. Kami menuntut penerangan dari pihak KDN & JPN bagaimana apa yang terkandung Perkara 19 Perlembagaan Malaysia bertentangan dengan kelulusan permohonan kerakyatan 7 pemain terbabit.
“Kedua, kami juga menuntut pihak Football Association of Malaysia memberi penerangan apakah kesilapan teknikal yang telah dilakukan ketika penyerahan dokumen kepada pihak FIFA Bagaimana kebodohan ini boleh berlaku.
“Ketiga, Kami juga menuntut CEO atau Timbalan CEO Pasukan Kebangsaan segera mendedahkan susur galur pemain-pemain terbabit.
“Penerangan ini penting bagi meredakan pelbagai spekulasi yang timbul dari kesamaran berkenaan perkara ini selain dari diharap dapat memulihkan sikit sebanyak imej negara & Harimau Malaya. Ketika ini rakyat & penyokong Harimau Malaya berpecah & berbalah mengenai isu ini akibat dari pelbagai cerita yang timbul.
“Walaupun kami amat kecewa & marah dengan kebodohan kesilapan teknikal FAM, Kami 100% menyokong usaha FAM membuat rayuan kepada FIFA demi memulihkan imej negara & Harimau Malaya. Kebodohan kesilapan teknikal FAM akan kami ajar sebaik isu ini selesai!”
Sudah 4 hari maruah negara & Harimau Malaya dipijak2 & dimalukan dipentas antarabangsa, kami menuntut pihak yg bertanggungjawab memberi penerangan dengan jujur apa sebenarnya yang berlaku @FAM_Malaysia @FIFAcom @KDNPUTRAJAYA
Baca 👉🏻 https://t.co/yNSqjybqW1#UTLR #DemiMalaysia pic.twitter.com/adv6K7qBfV
— UM’07 🇲🇾 (@ultrasmalaya07) October 1, 2025