Ultras Malaya meminta FAM bertanggungjawab di atas apa yang berlaku kepada bola sepak negara berkaitan kes pemalsuan dokumen.

CAS baru sahaja mengeluarkan penghakiman mereka ke atas rayuan dibuat FAM untuk mencabar penghakiman FIFA sebelum ini.

Jelas keputusan oleh CAS tidak berpihak kepada FAM, walaupun badan induk bola sepak negara itu sebelum ini memberikan jaminan bahawa mereka tidak memalsukan dokumen pemain seperti didakwa FIFA.

FAM sebelum ini sudah membuat rayuan di FIFA, namun FIFA kekal dengan keputusan mereka bahawa FAM bersalah.

Di mana hasil siasatan FIFA mendapati ada beberapa butiran dokumen yang didpati tidak sama dengan dokumen yang pegawai FIFA sendiri dapatkan daripada negara yang mengeluarkan dokumen kelahiran pemain tersebut.

fam cas
Foto: FAM

FIFA malah mengesyaki ada beberapa maklumat telah ditampal dengan ‘liquid paper’.

Lantas FIFA menganggap kes ini sebagai ada ciri ciri jenayah rentas sempadan dan mencadangkan agar laporan polis dibuat untuk siasatan di bawah akta jenayah.

FIFA juga meminta kesemua negara terlibat agar bekerjasama menyiasat kes ini.

Namun FAM menafikan bahawa dokumen pemain yang dihantar sudah disunting atau palsu. FAM juga mendedahkan bahawa kesemua 7 pemain warisan tersebut adalah warga Malaysia yang sah.

Oleh sebaab itu FAM, telah memutuskan untuk mencabar penghakiman FIFA di CAS.

CAS tolak rayuan FAM

Selepas beberapa bulan menunggu, akhirnya CAS mengeluarkan keputusan mereka.

CAS menolak rayuan FAM, cuma mengurangkan sedikit hukuman ke atas pemain melibatkan aktiviti bola sepak. Walaupun pemain kekal digantung setahun dan didenda, namun mereka dibenarkan terlibat aktiviti bola sepak tidak kompetitif atau bukan perlawanan rasami.

Rayuan FAM Ditolak, CAS Pinda Hukuman 12 Bulan Dengan Kelonggaran Aktiviti

Pemain boleh terlibat dalam berlatih bersama sama dengan kelab mereka.

Ultras Malaya buat 2 tuntutan

Ultras Malaya mengeluarkan kenyataan menuntut 2 perkara utama daripada FAM iaitu mengakui bahawa mereka telah memalsukan dokumen. Seterusnya Ultras Malaya menuntut agar kerakyatan 7 pemain warisan yang terlibat dilucutkan.

Ultras Malaya menerusi siaran Facebook berkata: “Kamu minta tunggu dahulu keputusan FIFA? Sudah.

“Kamu minta tunggu dahulu keputusan rayuan di FIFA? Sudah.

“Kamu minta tunggu dahulu rayuan di CAS? Sudah.

“Sekarang kami pula ada permintaan.

“Mengaku bahawa adanya pemalsuan dokumen yang berlaku.

“Tarik balik kerakyatan 7 individu terlibat?”

“Kita selesaikan dahulu perkara asas ini, selepas itu baru berbincang perkara lain,” tulis Ultras Malaya.

Rayuan Ditolak CAS: Ultras Malaya Tuntut FAM Mengaku Bersalah Dan Lucutkan Kerakyatan 7 Pemain Warisan