Istanbul antara destinasi pilihan rakyat Malaysia untuk melancong dan jika ke sana, Hagia Sophia merupakan tempat wajib dikunjungi.

Menerusi laporan, Hagia Sophia yang menjadi pusat tumpuan pelancong kini telah mengenakan bayaran sebanyak €25 (~RM128) untuk seorang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bayaran tersebut dipaparkan di pintu masuk sisi dimana pelancong asing melawat Hagia Sophia melalui terowong terbuka untuk akses ke dalam tanpa menganggu solat.

Pintu masuk utama pula kini hanya dikhaskan untuk warga Turkiye. Tiket masuk itu juga memberikan akses ke galeri tingkat atas dan muzium di tapak Warisan Dunia UNESCO, yang menjadi tarikan pelancong.