Sejak Jumaaat yang lalu, tular video sebuah kereta Volvo yang melanggar kereta MyVi dalam keadaan melawan arus. Lebih memburukkan keadaan, pemandu Volvo berkenaan dilihat mahu berlalu pergi dari tempat kejadian.

Berdasarkan laporan Berita Harian, pemandu tersebut didapati positif dadah. Lelaki berkenaan telah ditahan selepas hadir ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Asisten Komisioner Zulkefly Yahya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Polis menerima maklumat mengenai video kemalangan yang tular di media sosial pada 8.32 pagi tadi (semalam). Polis menjalankan siasatan dan menghubungi kedua-dua pemandu kenderaan itu supaya tampil memberi keterangan. Kedua-duanya hadir pada 11.30 pagi dan 12 tengah hari,” katanya.

Zulkefly berkata, ujian saringan air kencing ke atas pemandu Volvo mendapati lelaki itu positif dadah. “Berikutan itu, kita menahan suspek untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sebelum ini, netizen beranggapan pemandu Volvo berkenaan hilang pertimbangan kerana mabuk. Orang ramai yang prihatin bertindak membantu wanita terbabit dengan memintanya keluar dari kenderaan manakala pemandu Volvo itu terus kekal berada di dalam kereta.

Ini pula kemalangan melibatkan penunggang motosikal akibat kereta yang salah masuk lorong. Baca lagi pada pautan di bawah.

‘Macam Tin Milo’, Ini Sebabnya Kereta Tempatan Sengaja Direka Untuk Mudah Kemek

Tiba-Tiba Keluar Dari Terowong, Lihat Aksi Berbahaya Kereta Ini Melawan Arus Di Lorong Motosikal

Penghantar Makanan Terpelanting Tinggi Selepas Kereta BMW Dihadapannya ‘Pancung’ Mengejut

Sumber