Sebuah tahun yang gemilang buat Volvo setelah syarikat yang berasal daripada Sweden ini berjaya mengutip jualan kereta tertinggi sepanjang operasi pada tahun 2017.
Menariknya, rekod jualan mereka pada kali ini berjaya diperoleh dibawah pengurusan Geely iaitu syarikat automotif China yang turut memegang saham di dalam Proton.
Berdasarkan laporan, Volvo berjaya menjual sebanyak 571,577 unit kereta sepanjang 2017 serta memperoleh jumlah jualan sebanyak $1.7 bilion. Kejayan yang dicapai Volvo ini sekaligus menunjukkan jualan syarikat mereka meningkat sebanyak 27.7% sepanjang setahun berbanding 2016.
Pada tahun ini, Volvo Cars komited untuk memberi yang terbaik sebelum pelancaran model Volvo Polestar 1 yang dikatakan bakal menjadi pencabar terhebat Tesla menerusi kategori kereta elektrik.
Melihat kepada rekod jualan yang diperoleh Volvo pada tahun lalu, kami harap Proton dapat mengikut acuan yang sama selepas beberapa tahun dibawah pengurusan Geely.
Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda yakin dengan kemampuan Proton dalam usaha untuk meningkatkan jualan kereta dibawah pengurusan Geely? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.