Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa tiga selebriti yang disiasat dalam Ops Sky hanya menerima bayaran atas perkhidmatan yang diberikan, termasuk sebagai duta syarikat. Bagaimanapun mereka tidak terlibat langsung dalam aktiviti syarikat tersebut.

Memetik Buletin TV3, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata ketiga-tiga selebriti itu tidak terbabit dalam pengurusan syarikat yang disiasat tetapi akan menjadi saksi dalam siasatan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML).

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Mereka dipanggil untuk membantu menjadi saksi kerana selebriti ini digunakan untuk mempromosikan syarikat tetapi tidak terbabit dalam menguruskan aktiviti yang dilaksanakan.

“Siasatan juga mendapati ada sejumlah wang dikeluarkan untuk membayar selebriti ini tetapi bayaran yang diterima itu adalah dibuat atas khidmat mereka dalam syarikat itu,” jelas beliau.

Terdahulu, tiga selebriti yang menjadi duta iaitu Ziana Zain, Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Ziana Zain nafi dapat bayaran RM400,000 sebagai duta
'Tiga Selebriti Cuma Dapat Bayaran Duta, Tak Terlibat Aktiviti Syarikat' – SPRM
Sumber Gambar: Instagram @iamzianazain

Ziana Zain menafikan dibayar hingga RM400,000 untuk tempoh satu hingga dua tahun selepas menjadi duta syarikat terbabit.

Beliau tidak menyangka buat pertama kali berdepan siasatan pihak berkuasa biarpun sebelum ini sudah menggalas pelbagai tanggungjawab sebagai duta.

“Sebelum ini, saya tidak berdepan perkara sebegini sebagai duta, ini kali pertama. Kata orang, dalam berbelas-belas (kali) yang kita pernah jadi duta, kadang-kadang mungkin ada satu yang jadi begini.

“Kita ini hanya tahu secara permukaan sahaja dan tak tahu apa di sebalik syarikat itu. Bagi saya, mereka (syarikat terbabit) juga masih dalam siasatan, jadi tidak boleh terus tuduh mereka bersalah atau tidak.

'Tiga Selebriti Cuma Dapat Bayaran Duta, Tak Terlibat Aktiviti Syarikat' – SPRM

“Untuk masa akan datang, saya juga tidak akan tahu. Bagi saya perkara ini tidak mengganggu karier seni sebab saya tak buat apa-apa yang salah.

“Saya hanya duta dan menjalankan tugas. Menyanyi dan buat hantaran (dalam media sosial). Itu sahaja,” terang beliau.

Jelasnya lagi soal siasat tidak mengganggu kerjaya seni beliau.

Jadi Buddy, Bukan Buli merupakan satu kempen khas oleh The Vocket untuk sama-sama menangani kes buli di samping menyediakan satu platform selamat untuk mangsa buli berkongsi luahan tanpa identiti didedahkan.

Layari www.thevocket.com/jadibuddybukanbuli untuk berkongsi luahan atau membaca perkongsian daripada pakar.

#JadiBuddyBukanBuli #KawanBukanLawan

Sumber