Berikutan demam bola sepak akhir-akhir ini di mana Malaysia berjaya melangkah ke final Piala AFF bertembung dengan Vietnam, permintaan untuk menonton perlawanan akhir di stadium memang jadi sangat tinggi.
Untuk pertembungan perlawanan kedua, gejala ulat tiket di Hanoi nampaknya lebih teruk berbanding apa yang berlaku di Malaysia.
Harimau Malaya’s Official Training At My Dinh Stadium, Hanoi
National squad led by Tan Cheng Hoe underwent their official training at the My Dinh Stadium, Hanoi just now ahead of the #AFFSuzukiCup18 Final 2 match against Vietnam tomorrow night.#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/ncS2gz7pzZ
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 14, 2018
Mereka dilihat menjual tiket final Piala AFF antara Vietnam dan Malaysia di Stadium Nasional My Dinh dengan harga yang berlipat kali ganda sehingga mencecah AS$400 (RM1, 673) berbanding harga asal yang hanya dijual 200,000 dong (RM36).
Penyokong Vietnam yang terdesak untuk menyaksikan perlawanan bola sepak nanti, terpaksa juga membeli tiket yang dijual oleh ulat tiket dek kerana pihak Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) hanya menjual 16,000 tiket di atas talian dan selebihnya diedarkan kepada penaja, syarikat korporat dan ahli gabungan mereka.
Stadium untuk perlawanan malam ini hanya dapat menempatkan 40,192 orang. Dengan kelebihan away goal berpihak kepada Vietnam malam ini, diharap pasukan negara dapat bangkit dan memberikan persembahan hebat seperti di Bangkok tempoh hari. Terus maju Harimau Malaya!
2018 AFF Suzuki Cup | Saturday, 15 December 2018
Final 2
VIETNAM vs MALAYSIA
My Dinh Stadium, Hanoi, 7.30 pm (8.30 pm Malaysia Time)* Live on TV2 & Fox Sports#FAM #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup18 pic.twitter.com/FjieNBd4hO
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 15, 2018