Sudah acap kali kita mendengar kisah lori melanggar kereta lain dengan alasan terlalu gelabah atau tidak sempat mengelak.
Namun berbeza dengan kisah seorang pemandu lori yang hilang kawalan ketika sedang memandu lalu sanggup merempuh penghadang jalan baru-baru ini.
Baca Juga:
- ‘Pilot Tak Nampak Ke?’ – Netizen Persoal Pemandu Lori Rempuh Belakang Rider
- Bahana Tiada ‘Beacon Light’, Wanita Tidak Sedar Terlanggar Lori Keluar Simpang
Menerusi video rakaman dashcam yang dimuat naik oleh @perakpress di TikTok, memaparkan lokasi sebuah jalan yang sesak kerana salah satu laluan ditutup untuk kerja-kerja membaik pulih jalan.
Namun secara mengejut, sebuah lori besar meluncur laju di tepi laluan tersebut sehingga merempuh penghadang jalan yang berada di situ. Dalam masa yang sama, sebuah motosikal, kereta dan seorang pekerja pembaikan jalan sempat mengelak lori berkenaan.
Bagaimanapun, lori tersebut sempat dapat dihentikan dan tidak mencederakan sesiapa yang berada di lokasi itu. Difahamkan, kejadian itu berlaku semalam, Jalan Tanjung Rambai menghala ke Gerik, Perak.
@perakpress Kejadian berlaku hari jni di Jalan tg rambai – air panas menghala ke Gerik.
Walaupun situasi itu membahayakan orang lain di situ, tindakan pemandu lori berkenaan dipuji oleh segelintir netizen kerana bijak mengelak dan tidak melibatkan kemalangan dengan pemandu yang lain.
Dalam pada itu, seorang pengguna TikTok juga berkata dirinya berada di lokasi berkenaan ketika kejadian itu berlaku dan mengakui keadaan jalan di situ agak berbahaya.