Ramai mengimpikan mahu menginap di hotel mewah bertaraf lima bintang kerana fasiliti yang ditawarkan sangat hebat. Tambah pula dengan kos mencecah ribuan ringgit untuk semalam menjadikan ia hanya boleh diakses oleh orang kaya sahaja.

Penipuan seorang lelaki yang tinggal di sebuah hotel lima bintang hampir dua tahun menginap secara percuma akhirnya terbongkar, lapor NDTV.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan, individu terbabit telah bersubahat dengan beberapa kakitangan hotel bagi memastikan tindakannya tidak dihidu oleh pihak pengurusan hotel berkenaan.

Menurut AFP, lelaki itu telah menempah bilik di Hotel Roseate House, New Delhi pada 30 Mei 2019. Dia sepatutnya check out pada keesokannya.

Walau bagaimanapun, lelaki itu telah tinggal di hotel itu selama 603 malam sehingga dilaporkan meninggalkan pusat penginapan berkenaan pada 22 Januari 2021.

Susulan itu, pengurusan hotel mendakwa telah mengalami kerugian berjumlah $70,000 (RM325,0000). Lebih menyukarkan lagi keadaan, akaun telah pun dipalsukan untuk menyembunyikan tunggakan sebenar.

Sementara itu, pengurusan hotel juga telah menfailkan aduan polis terhadap beberapa pekerja yang bersubahat dalam memanipulasi perisian dalaman.

Hal ini berikutan pihaknya mengesyaki kakitangannya berkemungkinan telah disogok oleh lelaki terbabit.

Difahamkan, kakitangan hotel bertaraf lima bintang itu telah didakwa memalsukan dan memadam sejumlah entri dalam akaun pelanggan.

Hasil pemeriksaan rekod pegawai hotel mendedahkan bahawa mereka telah mencipta beberapa bil palsu dan yang belum selesai. Dengan berbuat sedemikian boleh memberi manfaat kepada lelaki itu dengan menggunakan pelbagai cara.

Ini termasuk bertukar bilik setiap malam daripada bil sepatutnya, memindahkan debitnya ke dalam bil tetamu lain, menggunakan bil tetamu lain yang diselesaikan dengan memasukkan namanya dan sebagainya.

Sehubungan itu, pihak hotel menuntut tindakan undang-undang dikenakan terhadap lelaki berkenaan. Walau bagaimanapun, sehingga kini, siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber