Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) mempunyai pesan khas kepada musuh-musuhnya setelah kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) memenangi kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut.

Untuk tahun ke-10, JDT menamatkan saingan sebagai juara Liga Super dan lebih manis mereka berjaya mengulangi kejayaan musim lalu dengan memenangi tiga kejuaraan lainnya iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia.

Baca Juga:

Kejayaan ini membuatkan TMJ berpendapat tiada pihak yang mampu untuk melakukan banyak hal di dalam negara mahupun di Asia.

TMJ
Sumber Gambar: TMJ

“Daripada jaga rumput, falsafah bolasepak, infrastruktur, hingga ke keraian. Tiada orang boleh buat apa kami/JDT buat dalam negara ni atau asia sebagai sebuah kelab bola sepak.

“Kejayaan sama-sama mengiringi pemodenan dan inovasi. Keraian kita adalah identiti kita mewakili konsep inilah JDT. Lain dari lain. Sentiasa meningkatkan kualiti dari setiap aspek.

“Kepada keluargaku, terima kasih atas sokongan anda, dan kepada musuhku, jangan kau bercemburu atau membenci tetapi anda semua harus mengagumi kehebatan ini dan hargai sumbangan JDT kepada bolasepak tempatan. Kerana tidak akan ada lagi kelab macam JDT dalam setiap aspek. Kerana ada satu sahaja TMJ,” katanya.

JDT memulakan saingan dengan menewaskan Terengganu dalam aksi Piala Sumbangsih dengan keputusan 2-0. Kemudiannya skuad kendalian Esteban Solari itu menewaskan Kuala Lumpur City dalam perlawanan akhir Piala FA dengan keputusan 2-0.

Skuad Harimau Selatan memenangi gelaran Liga Super ke-10 mereka dan menutup saingan musim ini dengan kejayaan memenangi Piala Malaysia dengan menewaskan Terengganu FC dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan akhir.