Touch ‘n Go eWallet kini mengumumkan mereka sedia menyokong pembayaran jalanan di seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

Untuk makluman, sokongan pembayaran parkir jalanan telah diaktifkan secara berperingkat mengikut setiap Majlis Perbandaran sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dengan penambahan Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, liputan kawasan pembayaran parkir jalanan disokong sepenuhnya di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

Sumber Gambar: Amanz

TNG turut menyatakan mereka adalah dompet digital pertama di Malaysia yang menawarkan sokongan pembayaran parkir jalanan sepenuhnya untuk kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Tambahan pula, kini hampir 300,000 orang menggunakan dompet digital TNG eWallet dalam pembayaran parkir jalanan. Bahkan, terdapat sekitar 19 majlis perbandaran yang disokong, termasuk sebahagian di Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Perak, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Sumber