Pada hari semalam tular satu video menunjukkan barang bantuan yang diberikan oleh Khairul Aming telah dicatu oleh tok penghulu di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Tumpat, Kelantan.

Hantaran video tersebut membuatkan ramai warganet berasa kurang senang mengenainya.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun Penggawa Jajahan Tumpat, Abdullah Farizal Mohd Asri berkata, langkah itu bertujuan memastikan sebarang bentuk bantuan diagihkan secara adil kepada mangsa banjir, lapor Sinar Harian.

@user34417455075593

MEMANG TERUK KENA DUDUK PPS SK TUMPAT 1, BANYAK BARANG YANG SAMPAI TAPI YANG DIBAGI HANYA SEDIKIT SHJ. MEMANG TERUK KETUA KAMPUNG SINI (TOK NGULU LIE). SY TAK NAFIKAN MUSIM SEKARANG MEMANG TAK CUKUP BEKALAN MAKANAN TAPI BARANG2 MEMANG BANYAK SAMPAI TAPI YANG DIBAHAGI HANYA SEDIKIT SHJ. DIORANG SANGGUP ASINGKAN BARANG2 YANG SEPERTI DALAM VIDEO. PENGALAMAN SY SEBELUM INI DEKAT PPS BANJIR JIKALAU ADA BARANG YANG SAMPAI, LEPASTU PERLU DIAGIHKAN KAD PPS HARUS DITANDA BAHAWA BARANG TERSEBUT DAH DAPAT TETAPI DISINI KAD DITANDA TETAPI BARANG TAK DAPAT. SAYA DAH BERTANYA KEPADA TOK NGULU LIE TAPI DIA BERITAHU BANTUAN DARI KHAIRUL AMING NIE BAWAHAN DIA JADI SESUKA HATI DIA NAK BUAT MACAM MANA. #PPSSKTUMPAT1 #fyp #fypシ゚ #foryoupage #banjir2024 @Khairulaming

♬ La Illah Ela Allah – Mohamed Youssef

“Pihak yang bertanggungjawab terhadap PPS akan berbuat demikian. Hal ini kerana NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang beri sumbangan mereka tidak tahu jumlah penghuni PPS, jadi barangan diterima akan diasingkan dan dibahagikan.

“Nampak barangan sumbangan banyak tetapi apabila dibahagi kepada jumlah mangsa banjir yang ada, mungkin akan dapat sedikit.

“Tiada istilah kami menyorok atau berbuat sesuka hati dengan barangan sumbangan,” kata kepada Sinar Harian.

Tambahnya lagi, dia meminta jika ada bukti terhadap dakwaan (menyorok barangan) tersebut, pihak berkenaan boleh kemukakan bukti dan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Terdahulu tular satu video yang menunjukkan satu kumpulan sedang mengasingkan barangan bantuan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tumpat 1.

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, dia cuma mendapat satu bungkus mi segara dan biskut sahaja.

Sumber