Ramadan sentiasa diraikan sebagai bulan yang penuh keberkatan dan refleksi diri. Pada masa yang sama, ia juga menjadi peluang terbaik untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Bagi memeriahkan lagi suasana Ramadan tahun ini, Tonton memperkenalkan kempen khas ‘Tonton & Menang: Hantu Puasa Belanja Terbang Ke Seoul‘ yang berlangsung dari 4 Mac hingga 19 Mac 2026. Kempen ini bukan sahaja menawarkan pengalaman tontonan yang lebih menarik, malah memberikan peluang kepada pengguna untuk memenangi hadiah istimewa.

Sepanjang tempoh kempen, setiap tontonan akan direkodkan dan menyumbang kepada markah pengguna. Markah tersebut akan menentukan kedudukan peserta dalam senarai leaderboard, sekali gus membuka peluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

Lebih menarik, pengguna juga boleh menikmati pelbagai judul pilihan daripada genre thriller serta Tonton Original Series yang sarat dengan elemen cemas, misteri dan plot twist yang tidak dijangka. Ini menjadikan setiap sesi tontonan di Tonton lebih mendebarkan dan mengujakan sepanjang Ramadan.

Cara untuk menyertai kempen

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai kempen ini, langkahnya cukup mudah:

1) Imbas kod QR yang terdapat pada poster kempen atau layari laman web rasmi Tonton.

2) Klik butang “Log Masuk” atau “Langgan Sekarang”.

3) Log masuk menggunakan akaun Tonton sedia ada atau daftar akaun baharu.

4) Tonton mana-mana filem atau siri yang tersenarai dalam Hantu Puasa Special Checklist.

Setiap tontonan yang layak akan direkodkan secara automatik dan menyumbang kepada kedudukan peserta dalam leaderboard. Pengumuman pemenang pula akan dibuat melalui media sosial rasmi Tonton atau menerusi e-mel yang berdaftar.

Peluang memenangi percutian ke Korea Selatan

Sebagai kemuncak kempen ini, seorang pemenang paling bertuah bakal memenangi pakej percutian 6 hari 4 malam ke Korea Selatan! Pemenang tersebut juga berpeluang membawa seorang rakan sebagai plus one untuk berkongsi pengalaman istimewa sepanjang perjalanan.

Hadiah ini ditaja oleh Ikhlas.com dan merangkumi penerbangan pergi balik, penginapan yang selesa serta pengalaman terpilih di Seoul, Korea Selatan. Ia merupakan ganjaran yang bukan sahaja mengujakan, malah berpotensi mencipta kenangan manis yang sukar dilupakan.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menunggu sehingga saat akhir kerana tempoh penyertaan kempen ini hanya sehingga 19 Mac 2026. Layari laman web rasmi Tonton dan mula menstrim sekarang kerana setiap tontonan bukan sahaja menghangatkan malam Ramadan, malah membawa anda selangkah lebih dekat kepada peluang untuk terbang ke Seoul.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang rancangan kegemaran anda serta perkembangan terkini, ikuti akaun rasmi Tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram Tonton.