Pada beberapa hari lalu, Daihatsu Motor Co dilaporkan menangguhkan operasinya di Jepun selepas mengaku bersalah terlibat skandal penipuan ujian keselamatan model-model keretanya.

Daihatsu berjanji untuk memberi pampasan kepada syarikat yang dibekalkannya secara langsung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam satu kemaskini terbaharu skandal tersebut, Toyota Motor Corp dilaporkan bersedia membantu anak syarikat Daihatsu membayar ganti rugi yang ditanggung selepas didapati kebanyakan kenderaannya tidak diuji dengan betul untuk keselamatan perlanggaran.

Daihatsu menghentikan penghantaran dan menggantung operasi sehingga Januari, berikutan pendedahan bahawa pembuat kereta itu memanipulasi keputusan ujian bertarikh sejak 1989.

“Toyota sedia memberikan sokongan penuh sekiranya Daihatsu memintanya,” kata ketua pegawai komunikasi Jun Nagata kepada pemberita Khamis.

Terdahulu, Daihatsu berkata ia mempunyai lebih daripada 4,000 syarikat dalam rantaian bekalannya yang terlibat dengan produksinya. Manakala terdapat lebih daripada 1,000 firma lain terlibat dengan cara lain.

Anak syarikat Toyota itu juga telah mengumumkan rancangan untuk membayar pampasan kepada 423 pembekal langsung.

Bagaimanapun seorang eksekutif Daihatsu pada Khamis enggan memberikan anggaran berapa banyak pemberhentian pengeluaran selama lebih sebulan dan kos syarikat perlu tanggung untuk bayaran pampasan pembekal.

“Kami memahami sepenuhnya bahawa menggantung perniagaan syarikat dan memberikan pampasan akan menelan kos yang besar,” kata Keita Ide, pengurus eksekutif di syarikat itu kepada pemberita.

“Bagaimanapun, sukar untuk mengira dengan tepat impak pada ketika ini kerana tidak jelas berapa lama tempoh ini akan berterusan,” jelas beliau.