Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, ini pepatah sesuai dikaitkan dengan kisah seorang graduan di UiTM yang berjaya menerima sebuah motosikal sewaktu di majlis konvokesyenya baru-baru ini.

Penerima skrol ke sejuta Universiti Teknologi Mara (UiTM) daripada kursus Diploma Sains, Nur Liyana Athirah Izani, 22, tidak menyangka dirinya dinobatkan sebagai graduan pertama mencecah tujuh angka tersebut.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Kosmo Digital

Dalam istiadat konvokesyen UiTM ke-97 itu, Nur Liyana Athirah Izani, diberikan tepukan gemuruh dan mendapat standing ovation selepas namanya diumumkan sebagai penerima skrol tersebut.

Majlis penyampaian skrol tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd Janor dan ia  juga termasuk dalam Malaysia Book Of Records (MBOR).

“Graduan seterusnya merupakan penerima skrol kesejuta. Dengan sukacitanya dipersilakan Nur Liyana Athirah Izani,” kata pengacara majlis sambil ‘dihujani’ tepukan gemuruh daripada seluruh warga dewan.

@fljasmy

tahniah Nur Liyana Athirah Izani! penerima skrol ke 1 juta dari UiTM 👍🏻 #fyp #uitm #uitm1jutaskrol

♬ uitmdihatiku – ainn.

Sementara itu Roziah memaklumkan, majlis tersebut merupakan simbolik bahawa Institut Teknologi Mara (ITM) atau UiTM berjaya menyempurnakan misi penubuhannya dengan tepat untuk menjuarai pembangunan bumiputera profesional menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak.

Dalam pada itu, Nur Liana juga teruja apabila menjadi graduan bertuah kerana memenangi sebuah motosikal bernilai RM5,397, cermin mata, penginapan di Melaka dan tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) selain yuran percuma untuk menyambung pengajian peringkat ijazah di UiTM.

Untuk makluman, Istiadat konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang ke-97 berlangsung pada 5 Ogos hingga 15 September 2023.

Sumber