Baru-baru ini, Khairul Aming iaitu pemilik restoran Rembayung telah pergi ke Langkawi kerana urusan kerjanya.
Jadi, timbul pula khabar angin yang mengatakan ketiadaan sosok pemilik Rembayung itu telah membuatkan sejumlah individu yang berjaya mendapatkan slot sedia batalkan niat mereka susulan tidak dapat bergambar bersama.
“Khairul Aming pergi Langkawi. Ramai yg nak cancel booking. Sanggup jual slot kat orang lain. Diorang pergi Rembayung nak jumpa KA sebenarnya bukan nak makan sangat pon.
Hal ini sekaligus menimbulkan tanda tanya adakah khabar angin atau dakwaan individu ini benar atau sebaliknya kerana ramai masih percaya peminat KA tidaklah begitu naif untuk membatalkan tempahan semata-mata susulan tidak dapat bertemunya.
Seperti biasa, tidak melatah, KA dengan tenang memberi respon yang profesional malahan disertakan statistik menarik untuk menjawab dakwaan yang tular itu.
“Berdasarkan data semalam, hanya dua orang pelanggan yang tidak hadir. Di platform Umai, daripada 503 tempahan yang dibuat, seramai 501 pelanggan telah hadir (kadar kehadiran 99.6%).
“Ini merupakan jumlah pelanggan dan angka jualan harian tertinggi dicatatkan sejak hari pembukaan. Susulan prestasi memberangsangkan ini, kami sedang meningkatkan kapasiti kepada 550 pelanggan untuk hari esok dan 600 pelanggan untuk lusa
“Kami berharap menjelang minggu hadapan, kapasiti operasi dapat ditingkatkan sehingga 80%. Setakat jam 12 tengah hari ini, Alhamdulillah, kehadiran pelanggan adalah amat menggalakkan dan mencapai kapasiti penuh.
“Walaupun tanpa kehadiran saya di premis, kakitangan telah dilatih sepenuhnya untuk mengutamakan kualiti perkhidmatan pelanggan bagi memastikan setiap pengunjung mendapat pengalaman yang memuaskan,” jelasnya.


Dia juga sempat berkongsi dua gambar yang dipercayai dari kamera litar tertutup memperlihatkan situasi sebenar jumlah pelanggan yang hadir sewaktu ketiadaan figura itu.