Setiap kali tiba bulan Ramadan tiba, ramai pihak menganjurkan majlis berbuka puasa bersama insan-insan yang memerlukan.
Namun, sepanjang majlis berlangsung selalunya layanan hanya diutamakan hanya mengutamakan pihak VIP sahaja. Manakala tetamu yang sepatutnya diraikan, telah dipinggirkan.
Baca Juga:
- Abang Foodpanda Nafi Pakai Filter Siti Nurhaliza Kerana Gila Populariti
- Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf Kepada Siti Nurhaliza
- Siti Nurhaliza Cipta Rekod Artis Tempatan Paling Cepat Tiket ‘Sold Out’
Baru-baru ini Datuk Seri Siti Nurhaliza meraih pujian netizen apabila beliau turun dari pentas untuk menyantuni anak-anak yatim dalam satu jamuan berbuka puasa bersama mereka.
Datuk Seri Siti Nurhaliza dipuji buat Jamuan Berbuka Puasa dengan menyatuni anak2 Yatim…dia sendiri yang turun bagi duit Raya kat adik2 ni sambil usap kepala tanpa perlu adik2 naik kepentas dan beratur seorang2 ikut turn seperti yang biasanya dilakukan oleh VIP… pic.twitter.com/1jlv3FR47y
— rizalhakimm (@rizalhakimm1) March 26, 2024
Menerusi video yang tular, Siti Nurhaliza dilihat berjalan mendekati setiap anak yatim menghulurkan duit raya sambil mengusap kepala mereka.
Anak-anak yatim kelihatan sangat gembira apabila mendapat pemberian daripada penyanyi nombor satu tersohor Malaysia itu.
Pada masa sama Netizen memuji lemah-lembut Siti Nurhaliza dalam menyantuni setiap anak-anak yatim tersebut.
Ini baru betol meraikan anak yatim.semoga dimurahkan rezeki dato Siti. Aamin
— Pengguna Celcom yang tersakiti (@FreakyFriz) March 27, 2024
“Siapa yang mengusap kepala anak yatim kerana Allah, adalah bagi setiap helai rambut yang mengenai tapak tangannya itu satu pahala.” (Riwayat Ahmad dan At-Tabarani)
Moga makin murah rezeki Dato’ Siti 🤍
— ʏᴏᴜʀ ᴡᴏʟᴠᴇʀɪɴᴇ 🐺🏴 (@iam_ein) March 27, 2024
Dan yg penting setiap meja ada dome makanan, jadi anak2 tu tak perlu beratur nk ambil makanan spt kebiasaan. Layanan VIP utk anak2 tu.
— OnlyKojie (@kojie_yama) March 26, 2024
Dalam pada itu orang ramai memuji susun atur majlis berkenaan kerana setiap meja sudah disediakan makanan.
Jadi anak-anak yatim tidak perlu beratur panjang untuk mengambil makanan.
“Macam inilah cara kita nak raikan anak-anak yatim dalam majlis,” ujar netizen.
Pada masa sama netizen memuji Siti Nurhaliza kerana mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W dengan mengusap kepala anak-anak yatim.
Perbuatan itu diumpamakan sebagai tanda kasih sayang kepada anak yatim.
Dalam satu hadis sahih Bukhari, Abu Hurairah r.a meriwayatkan sabda Rasulullah S.A.W — “Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak. Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan)”.