Liverpool berkunjung ke markas Galatasaray untuk aksi kedua UCL musim ini.

Ianya pertemuan antara juara EPL dan jugara Superlig Turki.

Skuad Arne Slot hadir ke perlawanan ini setelah kekalahan pertama mereka dalam EPL pada minggu lalu di tangan Palace.

Di Istanbul, The Reds memulakan perlawanan dengan agak teruk. Mereka banyak melakukan kesilapan dalam hantaran dan ketika bertahan.

Kemuncak kepada aksi hambar itu adalah kesilapan Dominik Szoboszlai yang melakukan kekasaran untuk memberikan pennalti kepada Galatasray.

Penyerang bintang Galatasaray, Victor Osimhen tidak ada masalah menewaskan Alisson minit ke-16.

Osimhen kini merekodkan 6 gol dalam 6 pertemuan menentang kelab EPL dalam saingan Eropah.

Sebelum gol itu, Liverpool mempersia siakan peluang terbaik untuk menjaringkan gol.

Selepas gol itu, The Reds melakukan beberapa aksi bertahan yang cemerkap. Namun mujur mereka tidak dihukum lagi.

Pada separuh masa kedua, Arne Slot memasukkan Mo Salah dan Isak untuk memperkuat barisan hadapannya.

Namun Galatasaray bertahan dengan kental. Isak memiliki peluang untuk menyamakan kedudukan namun sepakannya lemah.

Liverpool juga hampir mendapat penalti apabila Konate mendakwa dia dikasari. Namun VAR membatalkan penalti lewat perlawanan itu.

Tamat perlawanan, Galatasaray 1 Liverpool 0. Tiada malam Istanbul untuk Liverpool kali ini.