Hari yang baru, cerita yang sama untuk Arne Slot dan Liverpool iaitu kisah kekalahan. Selepas kekalahan memalukan di tangan Nottingham Forest beberapa hari lalu, Liverpool kalah lagi di Anfield.
Kali iniĀ juara Inggeris itu kalah di tangan pasukan Belanda, PSV Eindhoven dengan skor 1-4.
Liverpool memulakan perlawanan dengan sangat buruk. Kapten mereka, Virgil Van Dijk memberikan penalti kepada lawan dengan cara sangat pelik, di mana dia menampan bola di udara dengan tangannya dalam kotak penalti.
PSV mendahului pada minit ke-6 menerusi penalti pemain berpengalaman Ivan Perisic yang menewaskan Mamardashvilli.
Dominik Szoboszlai menyamakan kedudukan 10 minit kemudian. Namun itu sekdar gol saguhati.
Kerana selepas itu Liverpool dengan teruk, melepaskan 3 lagi bolos pada separuh masa kedua. Gus Til meletakkan PSV 1-2 di hadapan selepas kesilapan Konate.
Kemudian pemain gantian Couhaib Driouech mencata 2 gol dengan gol minit ke-73 dan masa kecederaan minit ke-90+2.
Kekalahan ini pastinya meletakkan Arne Slot dalam bahaya selepas dia berbelanja sangat besar pada jendela perpindahan lalu.
PSV Eindhoven menjadikan Anfield sebagai medan kebangkitan mereka dalam kempen UCL, apabila mencipta kemenangan kedua dalam kempen UCL musim ini.