Chelsea terpaksa akur tersingkir daripada saingan Eropah selepas dibelasah oleh Paris Saint-Germain dengan agregat besar 8-2 dalam aksi timbal balik yang berlangsung di Stamford Bridge.
Ianya aksi di antara Juara Piala Dunia Kelab menentang Juara Kelab Antara Benua, Chelsea vs PSG.
PSG membalas dendam di atas kekalahan mereka pada final Piala Dunia Kelab yang lalu.
PSG juga merupakan juara bertahan. Dan mereka membawa bekalah 5-2 daripada Parc Des Princes.
Seawal minit keenam, pelawat sudah menunjukkan keinginan mereka untuk menamatkan saingan ini secepat mungkin.
Khvicha Kvaratskhelia membuka jaringan hasil serangan pantas yang mengeksploitasi kelemahan pertahanan tuan rumah.
Belum sempat Chelsea menstabilkan permainan, PSG sekali lagi menambah jaringan pada minit ke-13 menerusi Bradley Barcola, yang mudah menyudahkan gerakan kemas di bahagian serangan.
Dua gol awal ini secara efektif memadamkan sebarang harapan kebangkitan buat Chelsea.
Pasukan kendalian Luis Enrique kemudian memperlahankan tempo permainan dan mengawal penguasaan bola dengan disiplin tinggi.
Chelsea cuba bangkit melalui tekanan yang lebih agresif, namun mereka kelihatan buntu di kawasan serangan dan gagal mencipta peluang yang benar-benar berbahaya.
Setiap percubaan sering dipatahkan oleh organisasi pertahanan PSG yang tersusun.
Memasuki babak kedua, corak permainan tidak banyak berubah. Chelsea terus berusaha mencari gol, tetapi kurangnya kreativiti dan ketajaman di hadapan gol menyebabkan usaha mereka sia-sia.
PSG pula kekal berbahaya menerusi serangan balas, dan pada minit ke-62, Senny Mayulu menambah gol ketiga pelawat, sekali gus menutup terus perlawanan.
Kekalahan ini mengesahkan penyingkiran Chelsea dengan agregat 2-8, satu keputusan yang jelas boleh menjadi reality check untuk Chelsea.
We exit the Champions League. #CFC | #UCL pic.twitter.com/oKN4t7f1Q1
— Chelsea FC (@ChelseaFC) March 17, 2026
Bagi Paris Saint-Germain, kemenangan ini mengukuhkan status mereka sebagai antara pencabar utama kejuaraan musim ini dan juara bertahan.
Manakala Chelsea selepas ini masih ada tugas berat mahu memastikan diri mereka menamatkans saingan liga di 4 teratas atau 5 teratas untuk beraksi di UCL musim hadapan.