Salah satu perkhidmatan yang sedia dibawa masuk ke Malaysia iaitu satelit Starlink selepas perbincangan Elon Musk bersama kerajaan baru-baru ini. Kepantasan internet yang ditawarkan sudah pasti dapat memberi manfaat dalam banyak aspek.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) bakal menerima 10 peranti satelit Starlink dalam usaha kerajaan mempertingkat kualiti perkhidmatan internet di kampus cawangannya, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Malay Mail

Beliau berkata berdasarkan penelitian pihaknya, antara cawangan yang berpotensi menerima peranti itu dalam masa terdekat ialah kampus Kuala Pilah di Negeri Sembilan susulan perbincangan bersama Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Janor.

“Bila Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebut tentang penyelesaian Internet dengan menggunakan Starlink, saya percaya bagi UiTM, ada beberapa kampusnya yang mungkin boleh memanfaatkan penggunaan peranti ini terutama di Kuala Pilah, Perak, Tawau dan Sarawak.

Sumber Gambar: Tech Cabal

“Saya harap dalam minggu ini, kita akan terima sekurang-kurangnya 10 unit Starlink dan saya akan bincang dengan Pejabat Perdana Menteri untuk proses penyerahan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau capaian Internet di UiTM Shah Alam pada Ahad.

Menerusi perkongsian di laman Facebook peribadi beliau pada Khamis lalu, Fahmi memaklumkan bahawa Starlink akan memulakan perkhidmatan menyediakan internet di institut pengajian tinggi (IPT) dan sekolah terlebih dahulu sepertimana yang diumumkan oleh Anwar sebelum ini.

Pada 15 Julai lalu, Perdana Menteri berkata kerajaan bercadang menggunakan 40 peranti satelit Starlink di IPT untuk menaik taraf kemudahan capaian internet agar lebih meluas dan pantas di kampus bagi memudahkan proses pembelajaran.

Anwar berkata perkara itu tercetus hasil persidangan video secara maya dengan Ketua Pengawai Eksekutif SpaceX Elon Musk baru-baru ini.