Alasan utama Manchester United tak jadi tandatangani Mathys Tel telah didedahkan. Walaupun pemain itu dilaporkan ‘menunggu’ Manchester United.

Manchester United enggan memenuhi permintaan Bayern berkaitan yuran pinjaman £5 juta untuk menandatangani Mathys Tel secara pinjaman. Dan ia telah menyaksikan penyerang Perancis itu sebaliknya menyertai saingan Liga Perdana, Tottenham Hotspur.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Tel, 19, muncul sebagai sasaran Man United menjelang minggu terakhir jendela perpindahan Januari selepas pemain itu tanpa diduga mendesak untuk keluar dari Bayern kerana kekurangan minit pasukan utama di bawah Vincent Kompany.

Man United yang melepaskan Marcus Rashford ke Aston Villa secara pinjaman boleh menjadikan Tel pengganti secara langsung pemain itu.

Tel dianggap sebagai salah satu prospek penyerang sayap yang dinilai paling tinggi dalam bola sepak dunia. Prestasi dan peningkatan mendadak Tel dilaporkan telah membuatkan banyak kelab memantaunya termasuk United, Spurs, Arsenal dan Chelsea.

United tak jadi tandatangani Mathys Tel

Tel awalnya menolak menyertai Spurs kerana dikatakan tidak begitu yakin dengan projek sukan di kelab itu. Pemain itu juga dikatakan masih mahu mempertimbangkan tawaran lain terutama sekali Manchester United.

United tak jadi tandatangani Mathys Tel

Tetapi United memutuskan bahawa mereka tidak mahu membawa masuk Mathys Tel kerana Bayern meminta £5 juta yuran pinjaman pemain itu. Kemudian mahukan United menerima klausa pembelian tetap sekitar £50 juta dimasukkan.

Itu menjadi sebab utama Manchester United tak jadi tandatangani Mathys Tel pada jendela perpindahan Januari 2025.

Man United menganggap harga pinjaman dan juga kluasa tebus harga tetap itu sebagai terlalu mahal dan cekik darah.

Mereka menganggap lebih baik membangunkan sahaja pemain akademi mereka daripada membayar sejumlah wang sebesar itu dan membangunkan pemain pasukan lain.

Spurs kemudian menggunakan kesempatan daripada situasi Man United tak jadi tandatagani Mathys Tel. Di mana sedia menuruti syarat Bayern dengan yuran yang diminta termasuk klausa beli tetap. Tel kemudian membuat pusingan u dan menyertai kelab Utara London itu.

James Ducker dalam laporannya menerusi X berkata: “Tiada kemasukan lagi dijangka di #MUFC sebelum tarikh akhir. United menolak bayaran pinjaman £5 juta yang diminta Bayern untuk Mathys Tel – dianggap sebagai risiko yang mahal untuk remaja 19 tahun yang secara keseluruhannya masih belum terbukti [bagus].

“Jadi Rashford dan Antony dipinjamkan tanpa pengganti diharapkan. Malacia bersedia untuk menyertai PSV secara pinjaman.”

Adakah anda rasa tindakan Man United tak jadi tandatangani Mathys Tel atas  alasan yuran pinjaman terlalu mahal itu satu keputusan yang tepat?