Uqasha Senrose pertahankan adik iparnya, Hafez Halimi yang dituduh segelintir pihak ‘membeli’ pangkat Datuk.

Menurut pelakon popular itu, adik iparnya, Hafez Halimi memang selayaknya mendapat darjah kebesaran itu kerana sumbangannya dalam masyarakat selama ini.

Uqasha Senrose jelas terkilan dengan segelintir pihak yang mempersoalkan darjah kebesaran itu diberikan kepada Datuk Hafez Halimi baru baru ini.

Uqasha Senrose pertahankan adik ipar

Uqasha mendedahkan bahawa adik iparnya itu banyak terlibat dalam pembangunan pembinaan perumahan yang penting untuk masyarakat.

Selain itu adik iparnya juga adalah berdarah kerabat Terengganu yang aktif dalam sektor yang diceburinya.

Dipetik daripada mStar, Uqasha berkata: “Yang dapat gelaran Datuk adalah suami dia (Nelydia) dan automatik dia dapat Datin.

“Jadi, apabila saya baca ada yang cakap Datuk itu dibeli dan sebagainya, apa yang saya boleh cakap, suami dia memang seorang usahawan.

“Adik ipar saya juga berdarah kerabat Terengganu dan dia banyak terbabit dalam projek sektor perumahan dan pembangunan. Atas dasar sumbangan itulah darjah kebesaran diberi,” tegas Uqasha lagi.

Dengan penjelasan daripada Uqasha Senrose ini, diharap tiada lagi pihak yang cuba mempersoalkan atau menuduh suami Nelydia Senrose itu beli pangkat Datuk.