Uqasha Senrose mendedahkan bahawa dia terpaksa bertahan dengan rumah tangganya bersama Kamal Adli selama setahun demi anak.
Pelakon sensasi itu berkongsi perkara itu menerusi sesi strim langsung di TikTok.
Menurut Uqasha, dia sudah memikirkan semasak masaknya sebelum membuat keputusan untuk menfailkan tuntutan cerai daripada Kamal Adli.
Uqasha Senrose agak kecewa kerana gagal mempertahankan rumah tangganya walaupun sudah setahun mencuba,
“Bersabar untuk anak? Ya kerana anak saya bertahan selama setahun,” kata Uqasha – seperti dilaporkan mStar.
Uqasha Senrose akui dia sedar ramai netizen mengkritiknya. Namun dia menegaskan bahawa: “Kenapa sekarang? Sebab dah terlalu masak dan terlampau masak, jadi terserah kepada anda semua [netizen].
“Kerana saya tidak pernah cakap nak buka aib sesiapa,” tambah Uqasha.
Semalam, Uqasha Senrose dan peguamnya hadir ke mahkamah Syariah untuk mendengar sebutan pertama prosiding permohonan cerai yang dia failkan sebelum ini.
Permohonan cerai itu difailkan pada 1 Oktober lalu. Dan prosiding pertama untuk permohonan itu adalah pada pagi Rabu.
Menurut peguam yang mewakili Uqasha Senrose, kes terpaksa ditangguhkan kerana pihak defendan iaitu Kamal Adli tidak dapat hadir ke mahkamah.
Prosiden ditanggunkah ke minggu hadapan iaitu 28 Oktober 2025.