Tidak dapat dinafikan golongan peniaga dan usahawan merupakan antara individu yang paling terkesan dengan situasi COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan yang sedang berlangsung di negara kita.
Walaupun sudah ada sektor-sektor perniagaan yang kini sudah dibenarkan untuk beroperasi, namun arahan yang mula dikuatkuasa sejak pertengahan Mac lalu itu ternyata memberi kesan dengan tiada persediaan yang dapat dilakukan bagi menghadapinya oleh mereka ini.
Antara yang turut terkesan dengan situasi semasa COVID-19 adalah usahawan Irfan Dzahier yang terpaksa menutup premis studio fotografi dan percetakan miliknya selepas tidak dapat menjalankan perniagaan seperti biasa.
Tambah menyedihkan, studio yang diusahakan sejak dua tahun dan menelan kos ubah suai sehingga RM30,000 itu tepaksa ditutup selepas hanya dua bulan beroperasi seperti yang dikongsikan di laman Twitter beliau.
Kah kah.
Usaha 2 tahun.
Setup 1 bulan.
Operasi 2 bulan.
Pkp sebulan.
Tutup terus.Apalah nasib labu. Mungkin yang lebih baik. pic.twitter.com/j8e8UjSdnj
— Irfan Dzahier đ´ (@IrfanDzahier) May 4, 2020
Perkongsian mengenai keputusan drastik yang terpaksa dibuat itu mendapat perhatian di Twitter dengan ciapannya mendapat hampir 4,000 retweet dalam kalangan netizen yang turut bersedih dengan kisahnya.
Dalam satu temu bual bersama portal Mstar, Irfan menjelaskan dia mampu untuk beroperasi sehingga Julai atau Ogos namun menjelaskan jumlah kerugian yang akan ditanggung menjadi lebih besar daripada pendapatan yang diperolehi.
“Disebabkan wabak Coronavirus yang kita semua tak pasti sampai bila, saya antara yang terkesan dengan tak dapat menjalankan perniagaan seperti biasa.
“Semua acara seperti majlis kahwin, masjlis berbuka puasa, photoshoot raya dan family day terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan dan ada yang dibatalkan dengan jumlah kerugian sebanyak RM20,000 hingga RM 30,000,” ujar beliau.
Dan untuk ketika ini, Irfan dan rakannya sedang dalam proses untuk mengeluarkan peralatan studio ke rumahnya di Sungai Buloh bagi meneruskan perkhidmatan yang ditawarkannya sebelum ini dari rumah- sama seperti kebanyakan bisnes-bisnes lain yang terkesan dengan situasi COVID-19 ketika ini.
PKPÂ bukan saja memberi kesan kepada usahawan kecil, malah perniagaan seperti pasar raya juga terpaksa ditutup dan ada yang terpaksa menanggung kerugian apabila stok mereka rosak dijangkiti kullat. Baca perkongsian kami di puatan di bawah.
Hampir 2 Bulan Tutup Kedai Kerana PKP, Netizen Kongsi Gambar Barangan Kulit Dipenuhi Kulat
Panggung Wayang Dipenuhi Kulat Selepas Hampir 2 Bulan Tidak Beroperasi