Liverpool melayan kunjungan Atletico Madrid di Anfield pada aksi pembukaan UCL mereka musim ini.
Penyerang termahal dalam sejarah Liga Inggeris, Alexander Isak diturunkan buat pertama kali.
Liverpool tidak menunggu lama apabila mencetak 2 gol awal di Anfield.
Pertamanya menerusi pemain berpengalaman Andy Robertson pada minit ke-4.
Dua minit kemudian, pada minit ke-6, Mohamed Salah meletakkan Liverpool 2-0 di hadapan.
Sebelum rehat, Marcos Llorente – yang menjadi nemesis Liverpool di Anfield – merapatkan jurang gol pada masa kecederaan.
Seperti sejarah berulang kembali, Llorente sekali lagi mencetak 2 gol di Anfield untuk menyamakan kedudukan minit ke-81.
Marcos Llorente acumula un total de 7 GOLES en Champions League. 4 de ellos fueron en ANFIELD:
⚽⚽ DOBLETE en 2020.
⚽⚽ DOBLETE en 2025.MR. ANFIELD 🐐 pic.twitter.com/M1hKgcCqom
— Marc Perez (@MarcPerez1_) September 17, 2025
Selepas gol itu, Simeone mengarahkan kesemua pemainnya bertahan.
Atletico memberikan beberapa sepakan penjuru kepada Liverpool.
Dan pada minit ke-90+2, kapten Liverpool, Van Dijk – yang beberapa minit lalu hampir mencetak gol – telah berjaya menjaringkan gol kemenangan Liverpool hasil tandukan daripada situasi sepakan penjuru.
4’🔴⚽️A. Robertson
6’🔴⚽️M. Salah
45+3’🔵⚽️M. Llorente
81’🔵⚽️M. Llorente
90+2’🔴⚽️V. van DijkVirgil van Dijk libère Liverpool du piège de l’Atlético de Madrid lors du temps additionnel à Anfield ! (3-2) ✅⏰
📸 Liverpool FC pic.twitter.com/X7dgVi0dlD
— Actu Décryptage (@actu_decryptage) September 17, 2025
Drama turut berlaku di tepi padang apabila Simeone diperintah meninggalkan kawasan teknikal selepas bergaduh dengan penyokong Liverpool.
Ekitike hampir menjadikan 4-2 pada lewat perlawanan, namun percubaannya melantun tinggi.
Tamat perlawanan Liverpool 3 Atletico Madrid 2. Dan Liverpool berjaya mencatatkan satu lagi episod kemenangan menerusi gol masa kecederaan. Slot Time?