Bintang Inter Miami, Lionel Messi tidak dapat menahan kemarahannya apabila terlibat dalam pertengkaran dengan pengadil selepas tamat perlawanan menentang Charlotte semalam.
Inter Miami seri 1-1 dan ia adalah keputusan seri ketiga berturut-turut kelab itu.
Baca Juga:
- Tiada Ronaldo Dan Messi, Ini Senarai Calon Ballon d’Or 2024
- Ini Komen Lionel Messi Mengenai Aksi Argentina vs Morocco
- Kelayakan AFC B-17: Indonesia Panggil Lionel Messi
Charlotte terlebih dahulu membuka akaun jaringan pada minit ke 56 menerusi Karo Swiderski sebelum Messi menyamakan kedudukan menerusi penyudah cantik 10 minit kemudian.
Magic from Messi 🪄
(via @MLSes)pic.twitter.com/yQjVmqBbxy
— B/R Football (@brfootball) September 29, 2024
Pada minit ke-12 masa kecederaan, Messi melambungkan bola melepasi enam pemain pertahanan kepada Jordi Alba, yang kemudian menanduk bola ke arah Luis Suarez.
Namun, penyerang Uruguay itu gagal menjaringkan gol dari jarak dekat, sebaliknya merembat bola tinggi melepasi palang sebelum terjatuh akibat berlanggar dengan penjaga gol, Kristijan Kahlina.
Messi kelihatan sangat marah selepas insiden itu kerana dia merasakan pasukannya sepatutnya diberikan penalti.
🇦🇷 Lionel Messi to the referee after refusing to give him penalty:
"You son of a b*that, you bad man"pic.twitter.com/cpUXY0NnZa
— LLF (@laligafrauds) September 29, 2024
Dia menghampiri pengadil dan menurut ‘Ole’ melalui Mundo Deportivo, Messi menghampiri pengadil sebelum mengeluarkan kata-kata kesat.
Bekas pemain Barcelona dan PSG itu terlepas daripada dibuang padang dan hanya dikenakan kad kuning, walaupun perlawanan sudah berakhir.
Sebelum kejadian itu, Charlotte menyaksikan gol mereka dibatalkan kerana ofsaid selepas Kerwin Vargas menjaringkan gol dari jarak dekat.
Penyerang itu kemudian terlepas peluang keemasan pada minit ke-96, apabila percubaannya melepasi tiang gol.