Lionel Messi dan Ronaldo tidak akan memenangi lagi anugerah Ballon d’Or pada tahun ini selepas nama mereka tiada dalam senarai calon yang diumumkan penganjur.
Messi merangkul Ballon d’Or kali kelapan dalam kariernya yang penuh gemilang tahun lalu manakala Ronaldo sudah memenanginya sebanyak 5 kali.
Baca Juga:
- Ini Sebab Benzema Pilih Vinicius Jr Jadi Calon Utama Pemenang Ballon d’Or 2024
- Lionel Messi Akui Inter Miami Mungkin Kelab Terakhirnya
- Roberto Martinez: ‘Assist’ Cristiano Ronaldo Perlu Ditunjukkan Di Setiap Akademi Seluruh Dunia
Bintang Sepanyol yang memenangi Euro 2024 dan pemenang Liga Juara-Juara, Real Madrid mengungguli senarai Ballon d’Or kali ini. Anugerah bola sepak paling berprestij itu diundi oleh panel wartawan dari setiap 100 negara teratas dalam ranking dunia FIFA.
Penyerang Brazil, Vinicius Jr antara kalangan pilihan dan seorang daripada enam pemain Madrid yang memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara musim lalu dicalonkan.
Jude Bellingham, Dani Carvajal, Toni Kroos, Antonio Rudiger dan Federico Valverde turut berada dalam senarai, manakala bekas bintang PSG, Kylian Mbappe turut dicalonkan.
Carvajal antara pencabar daripada pasukan juara Sepanyol di samping Alejandro Grimaldo, Dani Olmo, Rodri, Nico Williams dan Lamine Yamal.
Nominated for the 2024 Ballon d’Or
Lamine Yamal
FC Barcelona
Spain#ballondor pic.twitter.com/wmHlUuZaLR— Ballon d'Or (@ballondor) September 4, 2024
Bintang Manchester City dari Norway, Erling Haaland serta penyerang England dan Bayern Munich, Harry Kane turut berada dalam senarai pencalonan, tetapi tiada tempat buat pemenang lima kali Cristiano Ronaldo, yang kini berusia 39 tahun.
Xabi Alonso, yang menjuarai Bundesliga tanpa kalah sepanjang musim bersama Bayer Leverkusen, antara pilihan utama bagi jurulatih terbaik.
Pencabarnya termasuk pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti dan jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente.
Majlis anugerah Ballon d’Or akan berlangsung di Paris pada 28 Oktober ini.