Penyerang skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin kini giat menjalani latihan bersama kelab Jepun, Yokohama SCC sebagai persiapan menghadapi musim baharu J-League 3.
Mereka bakal menentang Kataller Toyama pada aksi pembukaan J-League 3 yang dijadualkan berlangsung pada 25 Februari ini di Stadium Nippatsu Mitsuzawa.
Baca Juga:
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
Lihat video rakaman sesi latihan pasukan yang dimuat naik di laman X Yokohama SCC.
🔵2/6 training🎥🟠
ミニゲームで盛り上がりました🔥
【ホーム開幕戦】
📆2月25日(日)14:00ko
🆚 #カターレ富山
🏟 #ニッパツ三ツ沢球技場——-
🔽2024シーズンユニフォーム📢https://t.co/4NvHVNxAVj
——-
🔽 2024シーズンY.S.C.C.シーズンチケット📢https://t.co/C6Uq0bXRaL#yscc pic.twitter.com/4pBlMpBytw— Y.S.C.C.【公式】 (@yscc1986) February 6, 2024
Luqman yang memakai bib nombor 9 langsung tidak kekok berlatih dalam keadaan cuaca sejuk bersalji kerana sebelum ini pernah menyertai Iceland, Njardvik secara pinjaman selama enam bulan pada 7 Februari tahun lepas.
Pemain yang berusia 21 tahun itu menyertai Yokohama SCC secara pinjaman selama setahun dari KV Kortrij sehingga Januari 2025.
Terdapat juga minat daripada kelab divisyen 2 Jepun namun Luqman memilih kelab divisyen 3 untuk mendapatkan lebih banyak minit permainan.
🔵2/6 training📸🟠
【ホーム開幕戦】
📆2月25日(日)14:00ko
🆚 #カターレ富山
🏟 #ニッパツ三ツ沢球技場——-
🔽2024シーズンユニフォーム販売📢https://t.co/4NvHVNxAVj
——-
🔽 2024シーズンY.S.C.C.シーズンチケット販売中📢https://t.co/C6Uq0bXRaL#yscc pic.twitter.com/O5RkY01Bxe— Y.S.C.C.【公式】 (@yscc1986) February 6, 2024
Luqman turut menerima sokongan kewangan daripada KV Kortrijk bagi menampung sebahagian daripada gajinya sepanjang tempoh berada di Jepun.
Perpindahan ini merupakan peluang Luqman Hakim untuk mendapatkan kembali prestasi terbaiknya sambil mengutip pengalaman berguna beraksi dalam Liga Jepun.
Anak kelahiran Kota Bahru dijangka akan menyertai skuad Malaysia B-23 bagi menghadapi saingan Piala Asia B-23 yang berlangsung di Qatar pada bulan April nanti.