Bintang Real Madrid dan skuad kebangsaan Brazil, Vinicius Junior berasa yakin bahawa beliau akan memenangi Anugerah Ballon d’Or 2024 yang akan diumumkan tidak lama lagi.
Menurut laporan Goal, Vinicia telah mendapat maklumat bocor yang mengatakan beliau merupakan pemenang bagi edisi kali ini sekaligus menewaskan rakan sepasukan iaitu Jude Bellingham dan pemain Manchester City iaitu Rodri.
Baca Juga:
- Cristiano Ronaldo Main Peranan Penting Kehadiran Stefano Pioli Sebagai Pengurus Baharu Al-Nassr
- ‘Miskin Budaya’ – Hadiah Peminat Singapura Kepada IShowSpeed Jadi Bahan Ketawa
- Penyanyi Indonesia Bayar Ganti Rugi Kepada Peniaga Terkesan Kerana IShowSpeed
Penaja but Vinicius Junior, Nike merancang satu membuat satu penghormatan khas untuk pemain sayap Real Madrid itu dimana mereka bersedia untuk membuka semula kedai besar Gran Via mereka di Madrid dua hari selepas majlis Ballon d’Or.
Vinicius akan diserikan dengan paparan emas istimewa bersama Cristiano Ronaldo, yang memenangi empat daripada lima Bola emasnya semasa di beraksi bersama Madrid.
Vinicius menjadi pemenang Ballon d’Or 2024 yang dianggap layak selepas meyumbang kepada kejayaan Real Madrid menjuarai La Liga dan Liga Juara-Juara musim lalu.
Pemain antarabangsa Brazil itu menjaringkan 24 gol, termasuk satu ketika kemenangan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara ke atas Borussia Dortmund, dan membuat 11 bantuan gol lagi dalam 39 penampilan dalam semua pertandingan untuk Los Blancos.
Dengan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo tidak berada dalam senarai bagi edisi kali ini, perlumbaan untuk merebut hadiah individu terhebat dalam bola sepak itu semakin terbuka berbanding sebelum ini.
Berikut adalah senarai penuh pemain yang berada dalam pencalonan bagi Anugerah Ballon d’Or 2024:
Antonio Rudiger – Real Madrid
Kylian Mbappe – Real Madrid
Lautaro Martinez – Inter
Ademola Lookman – Atalanta
Alejandro Grimaldo – Bayer Leverkusen
Dani Carvajal – Real Madrid
William Saliba – Arsenal
Lamine Yamal – Barcelona
Bukayo Saka – Arsenal
Hakan Calhanoglu – Inter
Rodri – Man City
Declan Rice – Arsenal
Harry Kane – Bayern Munich
Cole Palmer – Chelsea
Vitinha – PSG
Vinicius Jr – Real Madrid
Martin Odegaard – Arsenal
Dani Olmo – Barcelona
Florian Wirtz – Bayer Leverkusen
Mats Hummels – Roma
Erling Haaland – Man City
Nicolas Williams – Athletic Bilbao
Granit Xhaka – Bayer Leverkusen
Artem Dovbik – Roma
Toni Kroos – Real Madrid
Jude Bellingham – Real Madrid
Phil Foden – Man City
Ruben Dias – Man City
Federico Valverde – Real Madrid
Emiliano Martinez – Aston Villa