Volvo Car Malaysia secara rasminya melancarkan SUV elektrik flagship tujuh tempat duduk, Volvo EX90, yang dipasang secara tempatan (CKD) di Shah Alam.

Model ini ditawarkan pada harga bermula RM428,888 (tanpa insurans) dan kini boleh dilihat di semua pengedar sah di seluruh negara.

Volvo EX90 Rasmi Dilancar di Malaysia: SUV EV CKD 7-Tempat Duduk, Harga Bermula RM428,888
Sumber Gambar: Volvo Malaysia

Bagi 100 unit terawal, Volvo menawarkan rebat tunai sebanyak RM25,000 serta Volvo Wallbox percuma bernilai RM3,990.

Pengarah Urusan Volvo Cars Malaysia dan Thailand, Chris Wailes, berkata pelancaran EX90 mencerminkan gabungan warisan dan masa depan Volvo melalui evolusi teknologi serta keselamatan.

Ciri Keselamatan Terkini

EX90 menampilkan Safe Space Technology yang menggunakan radar dan sensor ultrasonik untuk pemantauan masa nyata.

Bahagian dalaman dilengkapi Driver Understanding System berteraskan dua sensor IR bagi mengesan gangguan tumpuan pemandu, serta Occupant Sensing System yang mampu mengesan pergerakan sekecil helaan nafas bagi memastikan tiada penumpang tertinggal.

Model ini turut dilengkapi Pilot Assist dan Park Pilot Assist generasi baharu.

Prestasi AWD 800V

Dikuasakan oleh sistem gandar pacuan semua roda (AWD) Dwi Motor dan seni bina 800-volt, EX90 menghasilan kuasa 680 hp dan tork 870 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.2 saat.

Pek bateri 106-kWh membekalkan jarak pemanduan sehingga 617 km (WLTP). Menyokong pengecasan pantas DC 350kW, bateri boleh diisi dari 10% hingga 80% dalam tempoh 22 minit.

Teknologi Pintar dan Rekaan Moden

Volvo EX90 dikuasakan oleh komputer teras NVIDIA DRIVE AGX Orin bersama seni bina Superset untuk kemas kini over-the-air (OTA).

Ruang kabin dilengkapi sistem infotaip berasaskan perkhidmatan Google, paparan tengah 14.5 inci, skrin pemandu 9 inci, head-up display, dan sistem audio Bowers & Wilkins High Fidelity.

Rekaan luaran menekankan aerodinamik skandinavia, manakala bahagian dalaman menggunakan kemasan kulit Nappa, elemen kayu semula jadi, serta bumbung elektrokromik.

Tempahan boleh dibuat secara dalam talian atau di pengedar terdekat dengan lima pilihan warna.

Kemas Kini Model ES90 (MY27)

Dalam pada itu, Volvo turut memperkenalkan kemas kini Tahun Model 2027 bagi sedan elektrik ES90.

Ia merangkumi warna baharu (Mulberry & Aurora Silver), ruang dalaman ‘Cardamom’, rim 21 inci Glossy-Silver, dan sokongan wireless Android Auto.

Tempahan awal yang dibuka bermula September 2026 layak mendapat rebat tunai sehingga RM17,600.